PUTRAJAYA: Parti-parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan menolak dengan tegas segala percubaan pembangkang untuk "menebuk atap" dalam usaha meruntuhkan kerajaan hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar yang juga Presiden PKR berkata malahan pimpinan parti-parti politik itu kekal setia dengan prinsip dan tatakelola pentadbiran baik selama setahun.
"Satu tahun berlalu. Pada peringkat awal, bulan-bulan awal, memang sedikit terumbang-ambing kerana sentiasa ada percubaan mengintai, mengintip dan mendesak untuk mengulangi amalan 'tebuk atap'... kesetiaan sahabat-sahabat teruji, katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam ini.
Pada malam ini, Anwar menyatakan penghargaan beliau di atas kemuafakatan dan kesetiaan rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan biarpun mereka berhadapan cabaran untuk menangkis dan mematahkan percubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk mengambil alih kerajaan termasuk ada yang dipelawa menjadi perdana menteri.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2023 yang dihadiri 2,734 perwakilan dan 1,500 pemerhati, serta pimpinan utama parti-parti gabungan Kerajaan Perpaduan dan perwakilan kedutaan asing.
Sehubungan itu, Anwar merakamkan penghargaan kepada pimpinan parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan dan Jemaah Menteri kerana terus setia untuk memastikan agar kerajaan ketika ini kekal inklusif dan mewakili semua kaum serta wilayah.
"Pelbagai telahan dan tohmahan telah dilontarkan, saya ingin tegaskan semula bahawa dalam perundingan awal (Kerajaan Perpaduan) yang ditekankan adalah prinsip dan hala tuju negara, tatakelola yang baik, membanteras rasuah, memacu pertumbuhan ekonomi.
Ini dasar dan saya ucapkan terima kasih kepada rakan kerana setia dengan prinsip ini, " katanya.
Sementara itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata Kerajaan Perpaduan juga tidak akan "tergopoh-gopoh" dalam melaksanakan agenda reformasi kerana mengambil pendekatan daripada sejarah dunia dan pengalaman PH pada 2018.
"Walaupun terdapat golongan elit berkata kita perlahan dalam kemajuan reformasi tetapi percayalah, belajar daripada pengalaman yang lalu. Kalau kita gopoh, baik dalam soal pelaksanaan Islam atau dalam pelaksanaan agenda reformasi ini, kita akan ditolak rakyat," katanya.
Perdana Menteri berkata kerajaan perlu berhemah dan bijaksana dalam mengukur keupayaan sendiri dan penerimaan majoriti rakyat kerana tiada semua masalah negara dapat diselesaikan dalam masa setahun.
Anwar juga menegaskan Kerajaan Perpaduan tidak akan mengizinkan negara ini diperkotak-katikkan atas nama agama dan kaum selain tidak berkompromi dengan pihak yang memainkan isu perkauman termasuk isu meritokrasi kerana kerajaan ini berikrar untuk menjaga kebajikan semua kaum.
Turut hadir dalam kongres berkenaan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor dan Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Kongres yang berlangsung dua hari bermula hari ini, mengangkat tema "Memaknai Reformasi, Menjulang MADANI".
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2023
Perdana Menteri yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan dasar semasa Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Sabtu. - Foto BERNAMA
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Liga-M: Kelantan beri jaminan akan selesai isu kemudahan Stadium Sultan Muhammad IV
Isu itu mendapat perhatian daripada penyokong bola sepak Kelantan ketika perlawanan pramusim Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) minggu lepas.
Mahkamah tolak permohonan pemilik akaun media sosial mulakan semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi menolak permohonan pemilik akaun media sosial untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC.
KOM beri tiga atlet kebebasan pilih SUKMA atau kejohanan dunia
KOM memberi kebebasan kepada tiga atlet muda kebangsaan, untuk memilih sama ada mewakili negeri ke SUKMA atau menyahut cabaran negara pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 tahun (B-20) 2024.
Parti komponen Kerajaan Perpaduan kekal setia, tolak percubaan tebuk atap - PM
Anwar berkata malahan pimpinan parti-parti politik itu kekal setia dengan prinsip dan tatakelola pentadbiran baik selama setahun.
Perbincangan agihan kerusi PN dijangka 5 Jun ini
Perbincangan berkaitan agihan kerusi antara parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka diadakan pada 5 Jun depan.
Peluang calon BN menang kerusi pada PRU15 adalah sama - VIgneswaran
Peluang setiap calon daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) untuk menang mana-mana kawasan Parlimen adalah sama berdasarkan peratusan sokongan pengundi setempat dan bukannya peratusan kaum.
Pembahagian kerusi: Usah disentuh, biar kepimpinan buat keputusan - Tok Mat
Ahli-ahli BN dinasihatkan untuk tidak mempersoalkan dan menyentuh perkara-perkara yang melibatkan soal pembahagian kerusi antara parti-parti komponen.
Empat parti tempatan Sabah mahu sertai GRS - Hajiji
Permohonan daripada kesemua parti berkenaan akan dibincang dan dipertimbang dalam GRS sebelum membuat keputusan.
USNO kini parti komponen kepada GRS - Hajiji
Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ia merupakan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi GRS.
GRS perlu sepakat kerusi Parlimen ditandingi pada PRU15
Ronald Kiandee berkata apa sahaja cadangan jumlah kerusi ingin ditandingi yang dikemukakan ketika ini oleh parti komponen GRS hanyalah daripada perspektif parti itu sahaja.
Pelantikan tiga ahli JPKK selaras ketetapan tiga parti komponen
Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata Setiap JPKK Negeri Perak dipengerusikan Penghulu yang bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas selaku ketua organisasi di kampung berkenaan.
Sabah Memilih: Christina nafi tinggalkan PKR untuk sertai Warisan
PKR Sabah akan terus beri kerjasama kepada Warisan untuk mempertahankan Sabah sewaktu PRN akan datang.
Kalau Majlis Presiden PH nak saya pergi, saya akan pergi - Dr Mahathir
Dr Mahathir berkata, sekiranya Majlis Presiden PH mencapai kata persetujuan untuk beliau pergi, beliau tidak akan membantah.