KUALA LUMPUR:Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad menafikan dakwaan partinya akan memaksa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan dalam mesyuarat pada Isnin, 7 Disember ini.
Awal hari ini, timbul khabar angin bahawa Amanah bercadang untuk berbuat demikian selepas Anwar berjanji minggu lalu untuk meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang dalam masa tujuh hari, sekiranya tidak berjaya mengumpul sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.
Anwar bagaimanapun menafikan pernah membuat janji berkenaan.
Khalid berkata, dakwaan itu jelas berniat untuk melaga-lagakan parti Amanah dengan Anwar.
"Mesyuarat Jawatankuasa Nasional Amanah baru-baru ini hanya memutuskan Amanah menghargai kesediaan Anwar untuk mengambil tanggungjawab dengan apa yang berlaku pada 26 November lepas di Dewan Rakyat.
"Bagaimanapun, kita juga telah bersetuju untuk berbincang bersama dengan rakan-rakan gabungan apa yang patut dibuat seterusnya selepas peristiwa itu.
"Oleh itu, adalah tidak benar sama sekali untuk mengatakan Amanah memberikan kata dua (ultimatum) kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan.
"Memberi kata dua kepada rakan-rakan gabungan bukan budaya Amanah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sebelum ini portal The Malaysian Insight melaporkan Amanah bersetuju memberi peluang kepada Anwar mengotakan janji melepaskan jawatan Pengerusi Pakatan Harapan dan Ketua Pembangkang selepas gagal menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional dalam tempoh tujuh hari selepas pengundian Belanjawan 2021 pada Khamis lalu.
Laporan memetik sumber yang tidak didedahkan itu menjelaskan persetujuan dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pimpinan nasional parti pada Ahad malam.
Sementara itu, seorang sumber dari parti DAP ketika dihubungi mengesahkan mesyuarat tersebut akan berlangsung.
"Ahli Parlimen DAP sudah diberitahu mengenai mesyuarat ini," katanya.
Bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan mesyuarat bertujuan untuk mendesak Anwar berundur.
"Mesyuarat ini hanya lebih kepada mesyuarat susulan atau follow-up kepada mesyuarat Khamis lalu (selepas sesi pengundian Belanjawan 2021).
"Ahli Parlimen (DAP) hanya mahu mendengar apa perancangan Anwar dan jika ada sebarang kemas kini daripada beliau," kata sumber itu lagi.
Irwan Muhammad Zain, Luqman Hariz
Wed Dec 02 2020

Menurut Khalid Samad, laporan portal tersebut jelas berniat untuk melaga-lagakan partinya dengan Anwar. -Gambar fail

WHO di Wuhan | Siasat asal-usul COVID-19, jangka makan masa lama
Bekas Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran agar orang ramai tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap tinjauan pasukan WHO di Wuhan, China yang dikatakan bagi menyiasat asal-usul wabak COVID-19.

Gempa Sulawesi | 15 disahkan maut, 15,000 mangsa diarah berpindah keluar
Sekurang-kurangnya 15 maut dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala richter di Sulawesi, Indonesia pada 2.28 pagi Jumaat.

Pelanggan sah positif COVID-19, WTC ditutup sementara waktu
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat mengesahkan salah seorang pelanggannya positif COVID-19.

Harimau dahan betina ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan
Seekor harimau dahan betina dewasa ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Tapah-Bidor, Tapah petang semalam. it

PKP 2.0: Toyota, Honda tutup kilang di Malaysia
Dua syarikat automotif dunia, Toyota Motor (Toyota) dan Honda Motor (Honda) menutup operasi di beberapa kilang di Malaysia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Tabung Haji | Jaminan kerajaan kepada TH akan dipertahankan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan Jaminan Kerajaan kepada lebih 9 juta pendeposit tetap Tabung Haji (TH) terus dipertahankan.Jelasnya, perbincangan diantara pihaknya dan Menteri Kewangan sebelum ini hanyalah mengenai isu penstrukturan semula yang bakal membawa keberhasilan yang tinggi kepada Tabung Haji.

Menyamar jadi polis samun warga asing, ditangkap
Polis Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang menahan dua lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis sebelum bertindak menyamun dan mencuri motosikal warga asing di daerah itu. Kedua dua lelaki berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan dalam Op Cantas dan Lejang di Penaga Kepala Batas, Pulau Pinang kira kira jam 9 malam Khamis.

Apa fungsi Jawatankuasa Khas jika Kabinet berfungsi seperti biasa?
Sekiranya Kabinet berfungsi seperti biasa, apa keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi Proklamasi Darurat, soal Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Bot karam | Berenang lebih tujuh jam selamatkan diri
Tercampak dari bot. Terapung dan berenang selama tujuh jam dalam badaian ombak besar. Kuatkan diri, cekalkan hati, dia akhirnya selamatkan sampai sehingga ke daratan. Itu pengalaman yang diceritakan Asman Mohamad, salah seorang mangsa yang terselamat dalam insiden bot tunda karam. Tapi dia sayu, mengenangkan kapten bot terbabit, yang juga ayah kandungnya yang masih tidak dijumpai.

COVID-19 | Peniaga kecil Sibu akur pelaksanaan PKP
Bagi peniaga kecil dan penjaja di Sibu episod lama berulang, periuk nasi mereka sekali lagi terjejas. Namun mereka akur. Kerana yang paling penting ketika ini rantaian COVID-19 dapat diputuskan.

Darurat: Apa guna Jawatankuasa Khas jika Kabinet masih berfungsi - Salahuddin
Sekiranya Kabinet berfungsi seperti biasa, apa keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi Proklamasi Darurat.

Jangan 'bergayut' di pagar istana - Salahuddin
Kata Salahuddin, seseorang ahli Parlimen perlu memiliki sokongan majoriti sekiranya mahu menjadi perdana menteri demi rakyat dan negara.

Proklamasi Darurat: Ahli Parlimen PH, pembangkang tidak perlu sertai Jawatankuasa Khas - Mahfuz
Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan pembangkang tidak perlu sertai sebarang jawatankuasa yang dibentuk dari Proklamasi Darurat.

Proklamasi Darurat: PH tolak rasional Muhyiddin, gesa jangan sembunyi di belakang COVID-19
PH mendakwa undang-undang sedia ada, termasuk PKP, mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak COVID-19

Tanding atas tiket Amanah: Pejuang tidak tolak pelawaan sekiranya...
Pejuang akan mempertimbangkan tawaran daripada parti Parti Amanah Negara (Amanah) untuk masuk dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum atas tiket parti itu.

Amanah sedia wujud percaturan baharu pembangkang
Sabtu lalu, Mohamad menegaskan, Amanah akan terus memainkan peranan mengukuhkan PH serta meluaskan kerjasama dengan parti pembangkang lain dalam membentuk satu gabungan besar bagi menghadapi PRU15.

"Grand Coalition" secara dasar dipersetujui PKR dan DAP - Khalid Samad
Khalid berkata, PH melalui Majlis Presiden perlu maklum kepentingan perluas kerjasama dengan parti pembangkang lain bagi hadapi PRU ke-15

Menjelang PRU-15: Parti-parti perlu tampil muka baharu, adaptasi dinamika politik
Hisomuddin Bakar berkata kebanyakkan parti politik pada ketika ini dilihat masih lagi ketinggalan dalam menampilkan muka baharu.

Tarik sokongan terhadap PN, sekarang masa paling sesuai - Mahfuz
Sekarang difikirkan masa terbaik kerana semua pihak harus mengelak daripada berlakunya pilihan raya tatkala kes COVID-19 masih tidak menentu.

Pembangkang perlu capai kata sepakat tentang reformasi - Dr Mujahid
Gabungan besar pembangkang perlu mencapai kata sepakat tentang agenda reformasi sebelum memutuskan langkah seterusnya dalam arena politik negara.