awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia diluluskan secara prinsip oleh ROS - TPM Zahid

Hilal Azmi
Hilal Azmi
08/09/2016
03:28 MYT
Parti Pribumi Bersatu Malaysia diluluskan secara prinsip oleh ROS - TPM Zahid
TPM Ahmad Zahid (kiri) dalam sidang media selepas berucap sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini. - Foto Astro AWANI/Hilal Azmi
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diluluskan secara prinsip oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).
Kelulusan penubuhan parti itu dibuat selepas permohonan menggunakan nama 'Bersatu' ditolak dengan alasan sudah lebih enam parti lain yang menggunakan perkataan tersebut.
"Nama (akronim) PPBM dipilih oleh mereka sendiri.
"Beberapa rundingan telah dibuat dengan ROS dan nama PPBM dipersetujui sebagai akronim untuk parti tersebut," kata Zahid dalam sidang media selepas berucap sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.
Kelulusan rasmi akan dikeluarkan selepas pihak PPBM memperinci tugas Pengerusi dan Presiden yang digariskan dalam perlembagaan parti.
"Ini kerana jawatan Pengerusi (kalau ikut dalam perlembagaan parti) menyatakan tugasnya mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi. Manakala Presiden untuk mesyuarat majlis kepresidenan.
"Jadi itu yang terdapat dalam perlembagaan mereka, dan saya tak masuk campur," jelasnya.
Selain nama parti, logo juga berubah selepas rundingan yang dibuat bersama ROS.
Pihak ROS akan memberikan kelulusan bertulis sebaik sahaja berpuas hati dengan perincian yang diberikan berkaitan tanggungjawab Pengerusi dan Presiden parti berkenaan.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#pertubuhan pendaftaran pertubuhan
#PPBM
#ros
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan