[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
POLITIK

Pas akan putuskan kerjasama dengan PKR - Majlis Syura

Astro Awani 11/05/2017 | 10:38 MYT
Majlis Syura Ulama Pas yang bersidang hari ini telah membuat keputusan untuk membatalkan tahaluf siyasi antara Pas dan PKR.
Majlis Syura Ulama Pas hari ini mengesahkan parti itu akan memutuskan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menjelaskan apa saja keputusan politik termasuk urusan di Selangor akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
“Dengan merujuk kepada begitu banyak pelanggaran terhadap syarat-syarat Tahaluf Siyaasi menurut pertimbangan hukum Syarak dan Akhlak Islam, maka hubungan politik Tahaaluf Siyaasi antara PAS dan PKR telah terbatal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhammad Zawawi menegaskan keputusan menamatkan kerjasama dengan PKR dibuat atas tiga alasan.
Ia termasuk tindakan PKR tidak menyokong RUU355, membuat kenyataan berbentuk serangan terhadap pimpinan Pas dan bekerjasama dengan pihak yang mahu menjatuhkan Pas terutama ketika pilihan raya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Nik Zawawi memberitahu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia bertemu dengan PKR jika parti itu masih mahu mengekalkan kerjasama.
#kerjasama politik #Majlis Syura #PAS #PKR #tahaluf siyasi #ulama