Pas akan memutuskan sama ada akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.
Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mustaffa Daharun berkata perkara itu akan dibincangkan secara terperinci ketika Muktamar Pas ke-64 yang menghimpunkan lebih 1,200 perwakilan daripada seluruh negara di Kuala Terengganu, Sabtu dan Ahad ini.
"Kita tengok dahulu (perjalanan) mesyuarat (Pas) pusat bagaimana (di Kuala Terengganu) dan daripada situ kita akan putuskan sama ada bertanding atau pun tidak.
"Jika pusat putuskan untuk meletakkan calon, maka kita akan bertanding.
"Bagaimanapun kita juga akan berunding dengan parti pembangkang yang lain seperti mana yang diguna pakai ketika PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, Balakong dan Sungai Kandis (kesemuanya di Selangor) baru-baru ini," katanya kepada Bernama di sini, pada Rabu.
PRK Port Dickson diadakan selepas penyandang kerusi kawasan berkenaan Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, melepaskan jawatan itu hari ini bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding untuk menyertai kembali Parlimen dan seterusnya membolehkan beliau menjadi perdana menteri kelapan.
Anwar baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR.
Parlimen Port Dickson (dahulu Telok Kemang) yang memiliki sejumlah 75,381 pengundi mengikut daftar pemilih semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan kerusi tunggal PKR daripada lima kerusi Parlimen Pakatan Harapan di Negeri Sembilan.
Parlimen Port Dickson yang merupakan kubu kuat PKR sejak 2008 mempunyai lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawahnya iaitu Chuah dan Lukut dikuasai DAP, Bagan Pinang dan Linggi (Barisan Nasional) dan Sri Tanjung (nama asal Port Dickson) (PKR).
Pada PRU14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, bekas pegawai kanan Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia mengalahkan calon BN Datuk V.S. Mogan dan calon PAS Mahfuz Roslan dengan majoriti 17,710 undi. -- Bernama
Bernama
Wed Sep 12 2018
Mustaffa berkata perkara itu akan dibincangkan secara terperinci ketika Muktamar PAS hujung minggu ini. - BERNAMA
Pentadbiran AS 'tekad' capai gencatan senjata antara Israel, Hamas - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Rabu berkata pentadbiran Amerika Syarikat (AS) "bertekad" untuk mencapai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas.
Johor perlu pacu automasi, guna teknologi dan gaji lebih tinggi - Liew
Johor mesti memacu kadar automasi, penggunaan teknologi baharu serta gaji yang lebih tinggi secara menyeluruh untuk memanfaatkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)
AWANI Ringkas: Kebocoran gas | Tuntutan palsu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu Palestin: PM Anwar pilih pertahan prinsip berbanding takut pelaburan terjejas
Anwar mengakui usaha menarik dan merealisasikan pelaburan bernilai tinggi masuk ke negara ini bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi ia sesuatu yang amat penting bagi meningkatkan ekonomi negara.
Tumpuan Khamis - 02 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PM Singapura mahu warga bersatu, kekalkan kestabilan politik dalam ucapan terakhir
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura supaya terus bersatu padu dan mengekalkan kestabilan politik bagi hala tuju Singapura ke hadapan.
Mei Xing hampa gagal sumbang mata buat Malaysia
Mei Xing tidak dapat menyembunyikan kesedihannya selepas gagal menyumbang mata kedua buat pasukan Malaysia ketika menentang Australia.
Profil Malaysia semakin meningkat di mata dunia - PM Anwar
Bukan ingin mendabik dada atau bersikap sombong, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat profil Malaysia kembali meningkat dan dihormati di mata dunia.
Kenaikan gaji penjawat awam tidak lagi pentingkan kelompok tertinggi seperti dahulu – PM Anwar
Kenaikan gaji penjawat awam melebihi 13 peratus, seperti yang diumumkan pada Hari Pekerja 2024, adalah berbeza dengan kenaikan yang pernah dilaksanakan dalam pentadbiran terdahulu.
AWANI 7:45 [01/05/2024] – Kos mencecah RM10 bilion | Gaji minimum beri impak positif | Seolah-olah dunia menghampakan
Kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus dibentang ketika Belanjawan 2025.
Kerajaan semak semula kadar gaji minimum.
Kusut, lesu dan kecewa dengan perkembangan di Gaza, ulas PM.
Protes pelajar universiti pro-Palestin di Amerika terus meningkat.
Kerajaan semak semula kadar gaji minimum.
Kusut, lesu dan kecewa dengan perkembangan di Gaza, ulas PM.
Protes pelajar universiti pro-Palestin di Amerika terus meningkat.
Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan meninggal dunia
Anak kedua Allahyarham, Najmuddin Rabbani berkata bapanya dibawa ke hospital selepas Subuh pagi tadi setelah mengadu sesak nafas.
Pas Negeri Sembilan bertanding bagi semua kerusi DUN dan Parlimen
Parti itu akan melancarkan manifestonya pada 11 Mac ini.