awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas akan teruskan kepimpinan di Kuala Nerus

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2022
23:00 MYT
Pas akan teruskan kepimpinan di Kuala Nerus
Hanafiah berkata pengunduran Ahli Parlimen itu tidak merencatkan perjalanan parti dan pelbagai pendekatan telah dilaksanakan bagi memastikan kebajikan penduduk di kawasan itu terbela. -Gambar fail/BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Pas akan meneruskan kepimpinannya di kawasan Parlimen Kuala Nerus selepas Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali bertindak keluar daripada parti, baru-baru ini.
Penolong Setiausaha Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata pengunduran Ahli Parlimen itu tidak merencatkan perjalanan parti dan pelbagai pendekatan telah dilaksanakan bagi memastikan kebajikan penduduk di kawasan itu terbela.
Menurut Hanafiah, semua urusan dan kebajikan rakyat di kawasan itu akan dijaga oleh organisasi Pas agar ketiadaan Ahli Parlimen tidak dirasai oleh mereka.
“Insya-Allah akar umbi pun telah ambil telah pun bermesyuarat. Bagi memastikan perjalanan (tugas) Ahli Parlimen ini diambil alih oleh beberapa rakan terutama daripada beberapa orang wakil rakyat.
“Rasanya macam mana perjalanan-perjalanan aktiviti dia yang dulunya. Insya-Allah kita akan laksanakan dengan sebaik mungkin.
"Yang ni telah pun dikemaskinikan oleh Pas Kawasan Kuala Nerus melalui pemudanya dan dewan-dewan,” jelasnya.
Isnin lalu, Mohd Khairuddin yang merupakan wakil rakyat Kuala Nerus mengumumkan keluar daripada Pas berkuat kuasa serta-merta.
Menurut Mohd Khairudin, tindakan itu diambil selari Fasal 15(1)(a) Perlembagaan Pas, iaitu keberhentian ahli dengan permintaan sendiri dan keputusan berkenaan sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Dengan keputusan itu, beliau yang juga bekas Menteri Perusahaan, Perladangan Dan Komoditi kini merupakan Ahli Parlimen bebas di Dewan Rakyat.
Topic Berkaitan
#Pas Kuala Nerus
#Khairuddin Aman Razali
#ahli Parlimen
#Hanafiah Mat
#Pas Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan