awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS perang semula dengan UMNO jika usul hudud tidak dibentang

Astro Awani
Astro Awani
25/08/2015
00:27 MYT
PAS perang semula dengan UMNO jika usul hudud tidak dibentang
MOHD AMAR: Kalau UMNO betul-betul jujur dan mahu melihat Mahkamah Syariah diperkasakan, mereka perlu memberi laluan.
PAS bersedia menamatkan 'gencatan senjata' dengan UMNO sekiranya Rang Undang-Undang Persendirian, (RUU) Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 pindaan 2015 tidak dapat dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, jika hasrat kerajaan negeri itu masih gagal, maka kedua-dua parti akan kembali berperang.
Menurutnya, UMNO perlu membantu mempermudahkan pembentangan RUU bagi membolehkan institusi Mahkamah Syariah diperkasakan.
"Betul, sebab itu kita kemukakan RUU pindaan kepada Akta 355, iaitu usaha hendak perkasakan Mahkamah Syariah dan kalau UMNO betul-betul jujur dan mahu melihat Mahkamah Syariah diperkasakan, mereka perlu memberi laluan.
"Kita akan berusaha dan akan cuba masukkan untuk kali terakhir pembentangan RUU pada sesi sidang Parlimen bulan 10 ini. Kalau tidak jadi, lepas ni kita (PAS) akan kembali kepada asal. Waktu ini 'genjatan senjata' kita tamatkan dan kita perang balik," katanya di sini pada Isnin.
Mohd Amar mengulas cadangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang meminta Mahkamah Syariah Kelantan diperkasa sebelum hudud dibentangkan.
Kerajaan Pusat dan negeri sebelum ini sebulat suara bersetuju untuk meminda undang-undang mengikut Akta 355 Kuasa Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dan perkara 76a (1) Perlembangaan Persekutuan.
Pindaan itu penting bagi membolehkan hukuman hudud bagi jenayah sariqah (curi), hirabah (rompak), zina, liwat, murtad dan bunuh dilaksanakan.
Pindaan Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993/2015 mendapat persetujuan sebulat suara oleh semua wakil rakyat dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, pada 16 Mac lalu.
Sidang Parlimen dijadual berlangsung 19 Oktober ini.
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993
#Mohd Amar Nik Abdullah
#rang undang-undang persendirian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan