Pas percaya Anwar Ibrahim mangsa konspirasi politik

Astro Awani
Julai 10, 2017 12:16 MYT
TUAN IBRAHIM: Pas sedari awal lagi meminta isu melibatkan syarak mesti dikembalikan ke mahkamah syariah. -Gambar fail
Pas tetap mempertahankan pandangan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah mangsa konspirasi politik selagi tidak dibuktikan bersalah mengikut udang-undang syarie.
Bagi Pas, hanya hukum syarak dapat menjelaskan sama ada Ketua Umum PKR itu seorang yang tidak bermoral atau sebaliknya.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata penyingkiran Anwar dan tuduhan yang dikenakan pada zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu merupakan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan beliau.
“Pas sedari awal lagi meminta isu melibatkan syarak mesti dikembalikan ke mahkamah syariah.
"Selagi tiada pembuktian syarie, kita anggap dia mangsa,” kata Tuan Ibrahim.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat penyelarasan ijtimak perpaduan ummah di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan pada Isnin.
#Anwar Ibrahim #konspirasi politik #Mahathir Mohamad #PAS #penyingkiran Anwar #PKR #Tuan Ibrahim Tuan Man