awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas Sabah sokong pendaftaran GRS, mahu maklumat terperinci hala tuju

Bernama
Bernama
20/03/2022
05:40 MYT
Pas Sabah sokong pendaftaran GRS, mahu maklumat terperinci hala tuju
Pas Sabah akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi GRS Datuk Hajiji Noor dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai pendaftaran GRS baru-baru ini. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Pas Sabah menyokong pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai sebuah gabungan politik rasmi, namun memerlukan maklumat terperinci mengenai kandungan dan hala tuju pendaftaran berkenaan.
Sehubungan itu, Setiausaha Badan Perhubungan Pas Sabah Dr Aliakbar Gulasan berkata Pas Sabah akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi GRS Datuk Hajiji Noor dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai pendaftaran GRS baru-baru ini.
"Secara prinsipnya Pas Sabah dan semua komponen parti dalam GRS yang ditubuhkan sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bersetuju dengan penubuhan GRS namun bagi Pas Sabah, kita akan mengikut perkembangan terkini.
"Kita akan teliti semula semua keputusan yang akan kita buat. Kita masih bersama dengan Perikatan Nasional (PN) dan kita tidak berpisah dengan Bersatu...cuma pendaftaran itu perlu kita dapatkan maklumat lanjut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Tukar Minyak Enjin Pas Sabah di sini hari ini.
GRS kini secara rasmi terdiri daripada Bersatu, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP) tanpa penyertaan Barisan Nasional dan Pas.
Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah, sebelum ini dilaporkan berkata kerjasama parti dalam GRS bersama Pas adalah melalui PN.
Mengenai program itu, Aliakbar berkata ia adalah anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Sabah melalui Alternative Riding Club (ARC) dan seramai 50 orang penghantar Foodpanda dan Grab yang berdaftar dengan ARC akan mendapat perkhidmatan menukar minyak enjin motosikal secara percuma.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pas Sabah
#grs sabah
#Hajiji Noor
#PBS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan