POLITIK
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Marzuki menjelaskan bagaimana imej Pas sebagai calon Perdana Menteri PN boleh menjejaskan sokongan bukan Melayu, sambil menyifatkan Pas dan DAP sebagai “mirror image” dari segi persepsi ekstrem pengundi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Langkah untuk meletakkan Pas sebagai 'poster boy' Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), dilihat hanya mungkin mengukuhkan sokongan di negeri majoriti Melayu, kata Datuk Marzuki Mohamad.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Marzuki yang juga Ketua Setiausaha Sulit ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri kelapan, menjelaskan, langkah itu berisiko menjejaskan daya tarikan gabungan itu dalam landskap masyarakat majmuk, serta menghakis sokongan pengundi sederhana dan bukan Melayu.
Sewaktu bersiar dalam podcast ‘The Tiger Show’ baru-baru ini, beliau menegaskan keputusan PRU16 sukar diramal kerana tarikh pilihan raya juga belum pasti, namun isu “imej parti” dan strategi politik yang memerlukan sokongan merentas segmen masyarakat menjadi faktor kritikal jika Pas diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri.
Menurutnya, kepelbagaian kaum, agama dan kecenderungan ideologi, termasuk perbezaan antara kelompok Muslim konservatif dan progresif di negara ini, akan mempengaruhi tingkah laku pengundi ketika membuat pilihan.
“Kerana apabila anda masuk pilihan raya, anda mesti dapatkan proper based support of all segments of Malaysian population. Dan kita ni plural society kan? Masyarakat majmuk. ada yang Melayu, Cina, India, Sabah, Sarawak... Islam, bukan Islam... yang Islam pun ada yang konservatif, ada yang agak lebih progresif. Itu realiti masyarakat kita.
“Tetapi bila diletakkan Pas, memimpin Perikatan Nasional, dan dengan sendirinya calon Perdana Menteri katakanlah datang daripada Pas... dasar-dasar Pas itu akan mempengaruhi pemikiran pengundi... yang akan menentukan behavior pengundi... sikap pengundi, nak undi ke tidak PN ataupun dia ada pilihan, dia boleh undi PH dia boleh undi BN.
Beliau berkata Pas berpotensi lebih “appealing” di negeri yang mempunyai majoriti Melayu besar seperti Kelantan dan Terengganu, selain sebahagian kawasan di Kedah, kerana sentimen setempat dan harapan manfaat Persekutuan boleh dimobilisasi sebagai naratif kempen.
“Bagi pengundi bukan Melayu… kalau sekarang ni ada dalam lima ke enam peratus yang menyokong Perikatan Nasional, besok boleh jadi kosong,” katanya lagi ketika podcast itu.
Kebimbangan terhadap komponen PN di kawasan campuran
Marzuki turut menyentuh implikasi langsung kepada parti komponen PN yang bertanding di kawasan bercorak campuran dan bandar, termasuk Gerakan serta parti yang memerlukan undi pengundi sederhana dan bukan Melayu untuk kekal kompetitif.
Beliau membangkitkan persoalan mengenai “nasib” parti-parti yang bertanding di kawasan bukan Melayu sekiranya sokongan pengundi bukan Melayu merosot susulan faktor imej Pas.
Beliau juga memberikan contoh geografi politik dengan menyatakan cabaran agak besar bagi PN untuk menembusi negeri dan wilayah yang lebih sederhana serta majmuk seperti Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sekiranya Pas menjadi wajah utama gabungan.
PRU15 dan dinamik Kerajaan perpaduan
Isu “poster boy” PN dan strategi menjelang PRU16 sering dikaitkan dengan perubahan landskap pasca-PRU15 yang menghasilkan Parlimen tergantung, sebelum pembentukan kerajaan Perpaduan pada hujung November 2022.
Sewaktu PRU15 pada 2022, tiada gabungan memperoleh majoriti mudah, dengan PH merekodkan 82 kerusi manakala PN sekitar 73-74 kerusi, diikuti BN 30 kerusi, sekali gus memaksa rundingan pembentukan kerajaan.
Gelombang sokongan dan prestasi di negeri-negeri Melayu
Dalam beberapa pilihan raya selepas PRU15, termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, Pas kekal sebagai tunjang PN di beberapa negeri, mengekalkan penguasaan di negeri-negeri tertentu seperti Kelantan dan Terengganu, yang sering menjadi rujukan perbincangan mengenai kekuatan sokongan pengundi Melayu.
Keputusan rasmi PRN turut merekodkan Pas mempertahankan Kelantan dan Terengganu.
PAS “cermin” DAP dan realiti persepsi pengundi
Dalam sesi sama, Datuk Marzuki membuat perbandingan yang ketara dengan menyifatkan Pas sebagai 'mirror image' kepada DAP dari segi persepsi ekstrem mengikut garis kaum.
“Bagi saya, Pas adalah the mirror image of DAP. Bagi pengundi bukan Melayu, mereka melihat Pas itu ekstrem. Bagi pengundi Melayu, mereka melihat DAP itu ekstrem. Jadi saya nampak DAP tak pernah nak claim nak jadi Pengerusi PH. Eh biar saja PKR. Walaupun kerusi dia lagi banyak,” katanya lagi.
Beliau berkata, keadaan itu menjadi beban strategik untuk mana-mana gabungan yang mahu memenangi sokongan merentas komuniti.
Beliau turut menambah bahawa strategi politik menuntut 'broad based support' daripada semua segmen masyarakat, justeru meletakkan Pas sebagai calon Perdana Menteri akan mengubah pertimbangan pengundi yang mempunyai pilihan lain, termasuk untuk mengundi PH atau BN.
Marzuki juga menyentuh bagaimana DAP, pada pandangannya, memahami realiti tersebut apabila tidak menuntut kedudukan tertinggi dalam gabungan walaupun mempunyai bilangan kerusi yang lebih besar dalam konteks tertentu.
Beliau menggambarkan pendekatan itu sebagai refleksi kefahaman terhadap sensitiviti dan realiti politik Malaysia.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Pas sebagai 'poster boy' PN untuk PRU16 hanya mungkin mengukuhkan sokongan di negeri majoriti Melayu, risiko menjejaskan daya tarikan PN dalam masyarakat majmuk, serta menghakis sokongan pengundi sederhana dan bukan Melayu.
- Pas berpotensi lebih 'appealing' di negeri seperti Kelantan, Terengganu, dan sebahagian Kedah yang mempunyai majoriti Melayu besar, tetapi ada kebimbangan terhadap parti komponen PN di kawasan campuran.
- Pas dan DAP disifatkan sebagai 'mirror image' ekstrem mengikut garis kaum, mempengaruhi persepsi pengundi dan mengubah pertimbangan pengundi merentas segmen masyarakat, termasuk untuk mengundi PH atau BN dalam PRU16.
Marzuki yang juga Ketua Setiausaha Sulit ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri kelapan, menjelaskan, langkah itu berisiko menjejaskan daya tarikan gabungan itu dalam landskap masyarakat majmuk, serta menghakis sokongan pengundi sederhana dan bukan Melayu.
Sewaktu bersiar dalam podcast ‘The Tiger Show’ baru-baru ini, beliau menegaskan keputusan PRU16 sukar diramal kerana tarikh pilihan raya juga belum pasti, namun isu “imej parti” dan strategi politik yang memerlukan sokongan merentas segmen masyarakat menjadi faktor kritikal jika Pas diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri.
Menurutnya, kepelbagaian kaum, agama dan kecenderungan ideologi, termasuk perbezaan antara kelompok Muslim konservatif dan progresif di negara ini, akan mempengaruhi tingkah laku pengundi ketika membuat pilihan.
“Kerana apabila anda masuk pilihan raya, anda mesti dapatkan proper based support of all segments of Malaysian population. Dan kita ni plural society kan? Masyarakat majmuk. ada yang Melayu, Cina, India, Sabah, Sarawak... Islam, bukan Islam... yang Islam pun ada yang konservatif, ada yang agak lebih progresif. Itu realiti masyarakat kita.
“Tetapi bila diletakkan Pas, memimpin Perikatan Nasional, dan dengan sendirinya calon Perdana Menteri katakanlah datang daripada Pas... dasar-dasar Pas itu akan mempengaruhi pemikiran pengundi... yang akan menentukan behavior pengundi... sikap pengundi, nak undi ke tidak PN ataupun dia ada pilihan, dia boleh undi PH dia boleh undi BN.
Beliau berkata Pas berpotensi lebih “appealing” di negeri yang mempunyai majoriti Melayu besar seperti Kelantan dan Terengganu, selain sebahagian kawasan di Kedah, kerana sentimen setempat dan harapan manfaat Persekutuan boleh dimobilisasi sebagai naratif kempen.
“Bagi pengundi bukan Melayu… kalau sekarang ni ada dalam lima ke enam peratus yang menyokong Perikatan Nasional, besok boleh jadi kosong,” katanya lagi ketika podcast itu.
Kebimbangan terhadap komponen PN di kawasan campuran
Marzuki turut menyentuh implikasi langsung kepada parti komponen PN yang bertanding di kawasan bercorak campuran dan bandar, termasuk Gerakan serta parti yang memerlukan undi pengundi sederhana dan bukan Melayu untuk kekal kompetitif.
Beliau membangkitkan persoalan mengenai “nasib” parti-parti yang bertanding di kawasan bukan Melayu sekiranya sokongan pengundi bukan Melayu merosot susulan faktor imej Pas.
Beliau juga memberikan contoh geografi politik dengan menyatakan cabaran agak besar bagi PN untuk menembusi negeri dan wilayah yang lebih sederhana serta majmuk seperti Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan sekiranya Pas menjadi wajah utama gabungan.
PRU15 dan dinamik Kerajaan perpaduan
Isu “poster boy” PN dan strategi menjelang PRU16 sering dikaitkan dengan perubahan landskap pasca-PRU15 yang menghasilkan Parlimen tergantung, sebelum pembentukan kerajaan Perpaduan pada hujung November 2022.
Sewaktu PRU15 pada 2022, tiada gabungan memperoleh majoriti mudah, dengan PH merekodkan 82 kerusi manakala PN sekitar 73-74 kerusi, diikuti BN 30 kerusi, sekali gus memaksa rundingan pembentukan kerajaan.
Gelombang sokongan dan prestasi di negeri-negeri Melayu
Dalam beberapa pilihan raya selepas PRU15, termasuk Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, Pas kekal sebagai tunjang PN di beberapa negeri, mengekalkan penguasaan di negeri-negeri tertentu seperti Kelantan dan Terengganu, yang sering menjadi rujukan perbincangan mengenai kekuatan sokongan pengundi Melayu.
Keputusan rasmi PRN turut merekodkan Pas mempertahankan Kelantan dan Terengganu.
PAS “cermin” DAP dan realiti persepsi pengundi
Dalam sesi sama, Datuk Marzuki membuat perbandingan yang ketara dengan menyifatkan Pas sebagai 'mirror image' kepada DAP dari segi persepsi ekstrem mengikut garis kaum.
“Bagi saya, Pas adalah the mirror image of DAP. Bagi pengundi bukan Melayu, mereka melihat Pas itu ekstrem. Bagi pengundi Melayu, mereka melihat DAP itu ekstrem. Jadi saya nampak DAP tak pernah nak claim nak jadi Pengerusi PH. Eh biar saja PKR. Walaupun kerusi dia lagi banyak,” katanya lagi.
Beliau berkata, keadaan itu menjadi beban strategik untuk mana-mana gabungan yang mahu memenangi sokongan merentas komuniti.
Beliau turut menambah bahawa strategi politik menuntut 'broad based support' daripada semua segmen masyarakat, justeru meletakkan Pas sebagai calon Perdana Menteri akan mengubah pertimbangan pengundi yang mempunyai pilihan lain, termasuk untuk mengundi PH atau BN.
Marzuki juga menyentuh bagaimana DAP, pada pandangannya, memahami realiti tersebut apabila tidak menuntut kedudukan tertinggi dalam gabungan walaupun mempunyai bilangan kerusi yang lebih besar dalam konteks tertentu.
Beliau menggambarkan pendekatan itu sebagai refleksi kefahaman terhadap sensitiviti dan realiti politik Malaysia.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa Datuk Marzuki Mohamad menyatakan bahawa meletakkan Pas sebagai 'poster boy' Perikatan Nasional (PN) untuk PRU16 akan mengukuhkan sokongan di negeri majoriti Melayu sahaja?
A: Datuk Marzuki Mohamad menyatakan demikian kerana dia percaya langkah itu hanya akan mempengaruhi sokongan di negeri majoriti Melayu, tetapi mungkin menjejaskan sokongan di kalangan pengundi sederhana dan bukan Melayu. - Q: Apakah implikasi yang ditimbulkan jika Pas menjadi wajah utama dalam Perikatan Nasional untuk PRU16?
A: Implikasi yang ditimbulkan termasuk risiko menjejaskan daya tarikan gabungan itu dalam masyarakat majmuk, menghakis sokongan pengundi sederhana dan bukan Melayu, serta mempengaruhi tingkah laku pengundi berdasarkan kepelbagaian kaum, agama, dan ideologi. - Q: Apakah yang menjadi kebimbangan terhadap parti komponen PN yang bertanding di kawasan campuran dan bandar sekiranya Pas diberi penekanan sebagai 'poster boy'?
A: Kebimbangan adalah mengenai nasib parti-parti tersebut sekiranya sokongan pengundi bukan Melayu merosot akibat imej Pas, serta cabaran bagi PN untuk menembusi kawasan campuran dan bandar seperti Johor, Selangor, Kuala Lumpur, dan Negeri Sembilan. - Q: Bagaimana prestasi Pas dalam beberapa pilihan raya selepas PRU15, termasuk PRN 2023?
A: Pas kekal sebagai tunjang PN di beberapa negeri, terutamanya Kelantan dan Terengganu, yang mengekalkan penguasaan di negeri-negeri tersebut, menunjukkan kekuatan sokongan pengundi Melayu terhadap parti tersebut. - Q: Apa persamaan yang dinyatakan oleh Datuk Marzuki antara Pas dan DAP dalam konteks persepsi pengundi?
A: Datuk Marzuki menyifatkan Pas sebagai 'mirror image' kepada DAP dalam persepsi ekstrem mengikut garis kaum, di mana pengundi bukan Melayu melihat Pas sebagai ekstrem manakala pengundi Melayu melihat DAP sebagai ekstrem.