POLITIK

Pas teliti cadangan UMNO tubuh gabungan besar

Amirul Aiman 18/01/2026 | 06:03 MYT
Tuan Ibrahim menyatakan Pas akan meneliti cadangan gabungan besar Melayu-Islam yang dicadangkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dalam Perhimpunan Agung UMNO 2025. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pas akan meneliti bentuk kerjasama yang dicadang UMNO untuk menyatukan orang Melayu melalui sebuah “gabungan besar”, kata Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.


Ringkasan AI
  • Pas akan meneliti cadangan kerjasama UMNO untuk menyatukan orang Melayu melalui "gabungan besar" tanpa menafikan sokongan UMNO terhadap kerajaan Pakatan Harapan.
  • Cadangan gabungan melibatkan 10 pemimpin tertinggi parti Melayu-Islam termasuk presiden, timbalan presiden, dan kepimpinan kanan lain.
  • Presiden UMNO menegaskan tujuan gabungan ialah untuk menyatukan semangat dan perjuangan parti Melayu-Islam di bawah satu bumbung, tanpa ancaman terhadap kerajaan perpaduan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

"Kita akan meneliti bentuk kerjasama yang dinyatakan kerana ia satu lontaran dalam perhimpunan UMNO," katanya kepada Astro AWANI.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata kenyataan itu dilihat aneh apabila pada masa sama UMNO masih mengekalkan sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

"Apakah maksud dan tujuannya? Jika sokongan kepada kerajaan PH terus dikekalkan, keadaan ini hanya akan mengelirukan rakyat," tambah beliau.

Pada Sabtu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan pertemuan dengan pemimpin Pas dan Bersatu bagi membincangkan usaha menyatukan orang Melayu melalui sebuah "gabungan besar".

Katanya, gabungan itu dijangka melibatkan sekurang-kurangnya 10 pemimpin tertinggi parti Melayu-Islam, termasuk presiden, timbalan presiden dan kepimpinan kanan lain.

Dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2025, Zahid menyatakan hasrat membentuk gabungan baharu untuk menghimpunkan semua parti Melayu-Islam di bawah satu payung.

Beliau menegaskan gabungan itu tidak mengancam kerajaan perpaduan serta memberi jaminan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa beliau tidak berniat untuk membentuk kerajaan pintu belakang.

Matlamatnya ialah menyatukan semangat dan perjuangan parti Melayu-Islam dalam kerangka lebih besar, sebagai sekutu tidak rasmi di bawah satu bumbung, ujarnya.

Zahid turut menolak cadangan menghidupkan semula Muafakat Nasional kerana nama itu telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang dicadangkan UMNO untuk menyatukan orang Melayu melalui kerjasama dengan Pas?
    A: UMNO mencadangkan kerjasama untuk menyatukan orang Melayu melalui sebuah "gabungan besar" yang melibatkan pemimpin tertinggi parti Melayu-Islam.
  • Q: Mengapakah Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap kenyataan UMNO tersebut aneh?
    A: Tuan Ibrahim Tuan Man merasakan kenyataan UMNO itu aneh kerana UMNO masih menyokong kerajaan Pakatan Harapan pada masa yang sama.
  • Q: Apakah matlamat utama pembentukan gabungan baharu yang dicetuskan oleh Presiden UMNO?
    A: Matlamat utama pembentukan gabungan baharu ialah untuk menghimpunkan semua parti Melayu-Islam di bawah satu payung tanpa mengancam kerajaan perpaduan.
  • Q: Mengapakah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menolak cadangan untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional?
    A: Zahid menolak cadangan tersebut kerana nama Muafakat Nasional telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan.
  • Q: Apakah jaminan yang diberikan oleh Zahid kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan dengan pembentukan gabungan baharu?
    A: Zahid memberi jaminan kepada Anwar Ibrahim bahawa beliau tidak berniat untuk membentuk kerajaan pintu belakang melalui pembentukan gabungan baharu parti Melayu-Islam.



#PAS #UMNO #Tuan Ibrahim Tuan Man #gabungan besar #Melayu-Islam #PAU 2025 #Ahmad Zahid Hamidi