POLITIK
Pas tidak akan tanding solo PRU16, tiada niat tinggalkan PN - Bendahari Agung
Iskandar Samad berkata, kemelut dalaman PN dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat. - Gambar/ Pas
KUALA LUMPUR : Pas tidak mungkin bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang dan tidak mempunyai sebarang niat untuk meninggalkan Perikatan Nasional (PN), kata Bendahari Agungnya, Datuk Iskandar Samad.
Beliau berkata, kemelut dalaman PN juga dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi gabungan itu yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.
"Saya yakin Pas tidak akan bertanding secara solo pada pilihan raya umum akan datang.
"Isu kepimpinan dalam PN dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini pada Jumaat.
Menurut Iskandar, beliau tidak percaya Muhyiddin akan membuat 'pusingan U' kerana tindakan sedemikian boleh menjejaskan kedudukan serta reputasi politik bekas Perdana Menteri itu.
Mengulas pendirian Pas, Iskandar menegaskan parti itu kekal komited sepenuhnya bersama PN.
"Pas tidak mempunyai sebarang niat untuk meninggalkan gabungan ini," katanya lagi,
Beliau turut memaklumkan pendirian itu selari dengan keputusan Muktamar Pas yang lalu apabila para perwakilan secara jelas menyuarakan pandangan supaya parti itu terus kekal bersama PN.
"Pada Muktamar lalu, para perwakilan menegaskan Pas perlu terus bersama PN dan bukannya menarik diri daripada gabungan tersebut,” katanya.
Peletakan jawatan Muhyiddin dipercayai ada kaitan dengan pelbagai desakan pemimpin Pas terhadap kepimpinan Muhyiddin dalam PN susulan krisis politik di Perlis, baru-baru ini.
Sebelum ini, kemelut politik di Perlis tercetus selepas berlegar dakwaan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas dan Bersatu menyerahkan akuan bersumpah (SD) kepada Raja Perlis yang menyatakan mereka tidak lagi menyokong kepemimpinan ADUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar.
Tiga ADUN Pas itu ialah Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji). Susulan itu, keahlian mereka daripada parti digugurkan.
Mohd Shukri, tidak lama selepas itu meletak jawatan sebagai Menteri Besar atas alasan kesihatan.
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, kemudian berkenan melantik ADUN Kuala Perlis dari Bersatu, Abu Bakar Hamzah sebagai Menteri Besar Perlis baharu.