Pas tidak didik pemimpin, ahli bercakap bodoh - Abdul Hadi

Astro Awani
Disember 12, 2018 11:20 MYT
Beliau berkata, Pas juga tidak pernah mendidik pemimpin dan ahlinya untuk menentukan syurga dan negara.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, parti itu mendidik pemimpin dan ahlinya supaya bercakap dengan bijak serta tidak mengeluarkan kata-kata bodoh.
Beliau berkata, Pas juga tidak pernah mendidik pemimpin dan ahlinya untuk menentukan syurga dan negara.
"Dalam Pas pun ada orang bodoh dan bukan cerdik belaka. Cuma pada pilihan raya di Malaysia orang 'bodoh' juga dapat undi... ini kita perlu sedar.
"Cuma kita (Pas) didik orang Pas jangan bercakap bodoh sebaliknya bercakap dengan bijak," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Bicara Minda bersama Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Dewan Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor pada Rabu.
#Abdul Hadi Awang #bodoh #PAS #pilihan raya #presiden #shah alam