Pas tidak perlu tumpang parti lain, bahkan jadi tempat 'penyelamat' - Hadi Awang

Harits Asyraf Hasnan
Disember 12, 2021 11:43 MYT
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berucap pada Majlis Sambutan 70 Tahun PAS di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: "Pas tidak perlu menumpang parti lain, bahkan kita tempat penyelamat parti lain," itu mesej jelas Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Malah, Presiden Pas itu menegaskan, partinya turut menjadi tempat bergantung kepada parti lain yang ingin 'menyelamatkan diri'.
"Parti kita parti yang kuat, kita tak perlu tumpang parti lain. Bahkan, kita tempat penyelamat parti lain.
"Parti lain banyak bergantung dengan kita untuk selamatkan diri," katanya ketika menyampaikan ucaptama sambutan Ulang Tahun Ke-70 Parti Islam Semalaysia di Kuala Nerus, Terengganu pada Ahad.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata Pas mempunyai kehebatan tersendiri untuk kekal relevan selama 70 tahun.
"Apa yang penting adalah untuk selamatkan negara bersama Islam.
"Barang siapa nak selamatkan negara bersama dengan Islam, yang adil untuk semua, kita akan terima.
"Barang siapa yang meletakkan Islam di belakang, kita tak terima.
"Ini asas kita, tujuan kita untuk selamatkan ummah, umat Islam dan bukan Islam," katanya lagi.
[TERKINI] Pas tidak perlu tumpang parti lain
#Abdul Hadi Awang #PAS #Pas parti tumpang #Pas penyelamat politik