awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS tidak tolak kemungkinan Ahmad Yakob dilantik sebagai Mursyidul Am

Bernama
Bernama
20/09/2016
14:23 MYT
PAS tidak tolak kemungkinan Ahmad Yakob dilantik sebagai Mursyidul Am
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkemungkinan dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din. - Gambar fail
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkemungkinan dilantik sebagai Mursyidul Am PAS yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din, kata Setiausaha Agung parti itu Datuk Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata pelantikan itu adalah berdasarkan amalan yang berlaku sebelum ini sejak Majlis Syura Ulama dan jawatan tersebut diwujudkan.
"Mengikut sejarah, sejak Yusof Rawa menjadi Mursyidul Am PAS, sekiranya berlaku kematian, timbalannya akan naik sebagai Mursyidul Am.
"Malah, setakat ini kita tidak mendengar nama lain untuk diangkat sebagai Mursyidul Am," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Takiyuddin berkata tokoh yang akan dilantik memegang jawatan itu akan diputuskan melalui mesyuarat Majlis Syura Ulama dan mendapat persetujuan daripada 15 anggotanya termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
"Setakat ini kita belum mendapat tarikh bila mesyuarat berkenaan akan diadakan dan jawatan itu kini dipangku Timbalan Mursyidul Am (Ahmad)," katanya.
Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi Jumaat lepas (waktu Malaysia) di Stanford University Hospital di San Francisco, akibat komplikasi jantung.
Mengenai kenyataan anggota Parlimen Bukit Jelutong, Jeff Ooi yang disifatkan menyinggung perasaan orang Islam susulan komennya berhubung kematian Allahyarham Haron, Takiyuddin berkata PAS menyerahkan perkara tersebut kepada polis untuk menjalankan siasatan. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Yakob
#Mursyidul Am Pas
#Nik Aziz
#timbalan mursyidul am pas
#Yusof Rawa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan