Tindakan memasang bahan kempen berbentuk papan iklan yang berunsur tohmahan dan provokatif terhadap sesebuah parti adalah amat tidak bertanggungjawab serta melanggar etika berkempen.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata tindakan sewajarnya akan diambil oleh Pasukan Penguatkuasa Pilihan Raya (PPKPR) untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap pemasangan bahan kempen mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
"Pihak SPR sekali lagi mengingatkan bahawa perbuatan ini adalah bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Di bawah Seksyen 4A Akta ini, menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pilihan raya antaranya apabila melakukan apa-apa perbuatan atau penyataan bertujuan mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan yang jika didapati bersalah boleh dipenjara maksimum lima tahun atau didenda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Beliau merujuk kepada tindakan menaikkan papan iklan berbaur perkauman dan fitnah di Sekinchan, di sini.
Polis pada Rabu mengesahkan menerima satu laporan berkaitan perkara itu.
Menjelas lanjut, Mohd Hashim berkata sekiranya melihat kepada perkataan-perkataan pada papan iklan itu, jelas boleh termasuk di bawah perbuatan yang menyalahi seksyen tersebut.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya sentiasa mematuhi undang-undang serta peraturan kempen pilihan raya yang ditetapkan dan sebarang pelanggaran terhadapnya boleh diambil tindakan sewajarnya.
"Berkempenlah secara bijaksana dan berhemah dengan menunjukkan semangat bertanding yang berlandaskan sikap saling menghormati sebagaimana ditunjukkan semasa hari penamaan calon tempoh hari," katanya.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang Budiman Mohd Zohdi; calon PAS yang juga ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman dan calon Parti Amanah Negara Azhar Abdul Shukur, yang mewakili Pakatan Harapan.
Bernama
Thu Jun 09 2016
Tindakan memasang bahan kempen berbentuk papan iklan yang berunsur tohmahan dan provokatif terhadap sesebuah parti adalah bertentangan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. - Gambar fail
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi jejaki prestasi serantau
Ia seiring dengan pengukuhan niaga hadapan getah Shanghai berikutan sentimen dirangsang oleh data ekonomi China yang menggalakkan.
Kebakaran hutan tanah gambut di Rompin dijangka dipadamkan sepenuhnya seminggu lagi
Kebakaran di kawasan hutan tanah gambut di Rompin sejak Sabtu lepas dijangka dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh seminggu lagi.
Fahmi bidas kenyataan Dr Afif mengenai calon PH bagi PRK
Fahmi membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin yang dianggapnya membuat kenyataan seksis terhadap calon PH bagi PRK KKB, Pang Sock Tao.
Etika kewartawanan bezakan wartawan warga dengan pengamal media sebenar - Fahmi
Etika kewartawanan yang teguh amat penting dalam memastikan kemampanan industri media di negara ini.
Lebih 10,000 orang hilang di bawah runtuhan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt
Perkhidmatan Pertahanan Awam Palestin pada Selasa berkata lebih 10,000 orang masih hilang di bawah runtuhan di seluruh Semenanjung Gaza sejak bermulanya serangan Israel pada 7 Okt 2023.
TLDM lancar penjajaran Pelan Transformasi 15to5
TLDM akan melancarkan dokumen Platform semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2024 berlangsung pada 6 hingga 9 Mei ini.
Menteri Pertahanan Malaysia, Indonesia bincang keselamatan, kesiapsiagaan masa depan serantau
Pertemuan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Prabowo Subianto hari ini membincangkan pelbagai isu termasuk cabaran keselamatan dan mempromosi kestabilan di rantau Asia Tenggara.
PM Anwar, Menteri Ekonomi Indonesia sepakat dorong ASEAN-GCC jadi kekuatan ekonomi baharu
Anwar dan Airlangga Hartarto percaya dialog strategik ASEAN-GCC di WEF penting sebagai momentum dalam mengukuhkan kerjasama ASEAN dan GCC, khususnya bagi perdagangan dan pelaburan.
Najib dapat persetujuan Kabinet sebelum luluskan surat sokongan bon US$3 bilion
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Najib telah mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada menteri-menteri Kabinet sebelum meluluskan surat sokongan berhubung penerbitan bon.
Persidangan Ulama Sedunia fokus peranan pemimpin agama memelihara keamanan - Mohd Na'im
Persidangan itu akan menjadi wadah bagi membincangkan peranan pemimpin agama dunia dalam memelihara keamanan dan kesejahteraan sejagat.
Alif Satar perluas kempen #GengSubuhMacamJumaat ke UK
Alif akan bekerjasama dengan kedutaan Malaysia di UK bagi merealisasi inisiatif berkenaan.
PRK Kemaman: Hujan lebat tidak halang kempen calon BN
Hujan lebat sejak subuh tidak menghalang calon Barisan Nasional untuk meneruskan kempennya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.
PRK Kemaman: SPR tubuh lima pasukan penguat kuasa kempen
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan lima Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.
PRK Pelangai: Kempen secara berhemah - Jalaluddin Alias
Jalaluddin berkata mereka seharusnya berbicara soal dasar dan perancangan yang ingin dilaksana bagi membolehkan rakyat membuat pilihan.
PRK: Suhu kempen masih suam, perang poster, bendera hambar
Suhu kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram masih lagi suam-suam kuku dengan "enjin" jentera kempen bagi parti-parti yang bertanding dilihat
PRN: Jangan terpengaruh hasutan pengkhianat parti - Nazri Aziz
Pemimpin yang sudah meninggalkan parti tidak lagi relevan untuk bercakap soal survival UMNO, tegas Nazri.
PRN: 'Berkempen tak payah maki hamun' - Anwar ingatkan Muhyiddin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak menggunakan pentas ceramah politik untuk memaki hamun parti lawan.
PRN: 'Orang UMNO jangan serang UMNO, serang musuh' - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan ahli UMNO untuk tidak menyerang kepimpinan parti sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).
PRN: KPT bukan 'polis' pantau mahasiswa berpolitik - Khaled Nordin
Kementerian Pengajian Tinggi bukan 'polis' untuk memantau penglibatan mahasiswa dalam aktiviti politik sepanjang musim Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
DAP Kelantan tumpu sembilan DUN bantu menangkan calon PH-BN
Pengerusi DAP negeri Datuk Azaha Abdul Rani berkata setiap DUN berkenaan mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu melebihi 2,000 orang.