Pasangan suami isteri lumpuh separuh badan, tetap keluar mengundi

Astro Awani
Mei 9, 2018 10:10 MYT
Pasangan warga emas yang berasal dari Kampung Teluk Kalong, Kemamanitu tidak mahu melepaskan peluang untuk mengundi walaupun berdepan kesukaran.
Walaupun lumpuh akibat angin ahmar, pasangan suami isteri Isa Ibrahim, 63 tahun dan Fatimah Kadir, 64 tahun tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.
Pasangan warga emas yang berasal dari Kampung Teluk Kalong, Kemaman itu tidak mahu melepaskan peluang untuk mengundi walaupun berdepan kesukaran.
“Memang saya semangat kerana negara, saya datang dalam pukul lapan pagi tadi,” kata Isa yang lumpuh separuh badan selepas diserang angin ahmar.
Kejadiian itu berlaku selang setahun isterinya diserang penyakit sama pada 2015.
Sementara itu, menurut isterinya mengundi adalah peluang menentukan pemerintah bagi tempoh lima tahun sekali dan peluang itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.
#GE14 #lumpuh #Malaysia Memilih #MalaysiaMemilih #mengundi #pasangan #suami isteri #undi