POLITIK
Pasca PRN Sabah: Kemenangan Aliakbar atas faktor peribadi bukan parti - Hisommudin
Hisommudin berpendapat Aliakbar telah membina reputasi lebih awal semasa menjadi ADUN lantikan selepas PRN-16. - Gambar fail/Facebook Dr. Aliakbar Gulasan
KUALA LUMPUR: Peribadi Datuk Aliakbar Gulasan yang telah menguasai segmen masyarakat Islam dan mesra terhadap komuniti Kristian merupakan faktor kemenangan beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai semasa Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.
Ketua Pegawai Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar berpendapat Aliakbar telah membina reputasi lebih awal semasa menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan selepas PRN-16.
“Ciri-ciri sifat pemimpin Aliakbar itu telah dimanfaatkan sepenuhya untuk mengembangkan pengaruh di Karambunai seperti di kawasan Sepanggar.
“Sebagai bekas pensyarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan menguasai segmen surau serta dilaporkan membantu pihak Gereja atas kapasiti peribadi (adalah) faktor dikenali,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa wawancara audio siar The Tiger Show yang dihoskan oleh Amin Iskandar dan disiarkan di platform Astro AWANI pada Khamis.
Hisommudin berkata demikian sebagai respons dakwaan bahawa kemenangan Aliakbar berpunca daripada faktor kekuatan Pas yang semakin mengukuh dalam politik.
“Tafsiran yang agak meleset daripada Pas iaitu mereka melihat (kemenangan) ini adalah (berdasarkan) kekuatan parti,” katanya.
Kemenangan Aliakbar disifatkan sebagai ‘anak sulung’ untuk Pas bertapak di Borneo
Aliakbar meraih 7,069 menewaskan Ahmad Jais Otong (Warisan) yang memperoleh 6,698 undi, Arshad Idris (Gabungan Rakyat Sabah) dengan 4,811 undi dan Yakub Khan (BN) yang menerima 4,478 undi.
Namun gabungan yang diwakilinya iaitu Perikatan Nasional tewas mengalami kekalahan besar apabila tewas 40 daripada 73 kerusi yang dipertandingkan pada PRN kali ini.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini