Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri

Raja Hisyam Raja Zaid
November 22, 2022 06:10 MYT
"Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang," kata Ismail Sabri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu hantaran di akaun Twitter rasminya pada Selasa memberitahu, BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).
"Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang," kata beliau.
Dewan tertinggi Barisan Nasional hari ini memutuskan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan atau calon Perdana Menteri yang baharu.
Perkara tersebut diputuskan selepas mengadakan mesyuarat membabitkan parti komponen BN termasuk MCA dan MIC di sini hari ini.
Keputusan itu turut diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi menerusi akaun Twitter rasminya.
“Alhamdulillah. Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
“BN tidak menyokong Pakatan Harapan mahupun Perikatan Nasional.
"Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang," ujar beliau.
DAPATKAN KEPUTUSAN PRU15 DI SINI

Alhamdulillah, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan. BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN). Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang.

— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) November 22, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, kesemua ahli Parlimen BN hadir hari ini dan telah bersetuju untuk sepakat dalam membuat keputusan tersebut.
“Keputusan juga adalah meminta semua 30 ahli parlimen (BN) bahawa ini adalah tempoh bertenang. Tak ada sain apa-apa SD. Kita tak sertai sapa-sapa," katanya kepada media di selepas hadir pada mesyuarat tersebut.
Ia bermakna BN secara jelasnya tidak akan memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) dan juga Perikatan Nasional (PN) dalam membentuk kerajaan yang baharu.
Bagaimanapun kenyataan rasmi jelasnya akan dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi BN sedikit masa lagi.
Tambahnya Dewan Tertinggi BN juga turut bersetuju bahawa sebarang keputusan selepas ini juga akan dibuat secara berpasukan.
#ismail sabri yaakob #Parlimen Tergantung #Dewan Tertinggi Barisan Nasional #Pakatan Harapan