awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca PRU15: Kerajaan minoriti perlukan keazaman politik besar - Penganalisis

Astro Awani
Astro Awani
22/11/2022
02:30 MYT
Pasca PRU15: Kerajaan minoriti perlukan keazaman politik besar - Penganalisis
Sivamurugan berpendapat, kerajaan minoriti boleh dilaksanakan, namun ia memerlukan keazaman politik yang sangat besar untuk bergerak ke arah gencatan politik. - Foto fail
KUALA LUMPUR : Pemimpin yang bakal mengemudi gabungan parti politik yang akan dibentuk memainkan peranan besar dalam memastikan kestabilan politik dapat dilaksanakan.
Menurut Penganalisis Politik USM, Prof Sivamurugan Pandian, pemimpin tersebut perlu meredakan keadaan walaupun wujudkan perbezaan politik dengan mencapai titik keseimbangan dalam gabungan tersebut.
“Itulah harapan masyarakat sekiranya penggabungan ini, maka dengan gencatan politik kita harus memastikan bahawa polirisasi dan radikalisme di dalam politik itu harus menurun.
“Pemimpin yang dilantik untuk mengemudi gabungan ini, beliau perlu meredakan keadaan, kerana ia bakal berikan impak dalam proses pembangunan negara, segala perselisahan faham perlu diterima dan perlu ada hormat-menghormati.
Perbezaan itu perlu dihormati untuk mencari titik imbang kerana perpaduan tidak boleh dikompromi hanya kerana disebabkan oleh perbezaan politik,” katanya menerusi program Malaysia Memilih pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada Selasa.
Pada masa sama, Sivamurugan berpendapat, kerajaan minoriti boleh dilaksanakan, namun ia memerlukan keazaman politik yang sangat besar untuk bergerak ke arah gencatan politik.
Ia termasuk pengorbanan ke arah pembentukan masyarakat untuk memastikan negara tidak terpinggir dan terus maju ke hadapan.
“Kerajaan minoriti itu boleh dibuat tetapi ia perlukan satu perkara penting iaitu keazaman politik. Ia mampu dilaksanakan tetapi perlu ada keazaman politik yang besar untuk bergerak ke arah gencatan politik.
“Dengan kerajaan perpaduan, nilai kompromi pengorbanan ke arah pembentukan masyarakat perlu menjadi kepentingan mereka dengan melihat ke hadapan suara ini jelas adalah untuk pastikan negara tidak terpinggir kebelakang dan mampu ke hadapan bersama,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#PRU15
#politik
#Sivamurugan Pandian
#Malaysia Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan