awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bangladesh minta bantuan PBB siasat pembunuhan pemimpin kebangkitan anak muda, Sharif Osman Hadi
Ketua Perbendaharaan AS puji ‘kemenangan besar’ PM Jepun, Sanae Takaichi
Epstein didakwa cuba dekati Putin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca PRU15: MCA akan main peranan sebagai pembangkang berkesan - Wee

Bernama
Bernama
22/11/2022
09:34 MYT
Pasca PRU15: MCA akan main peranan sebagai pembangkang berkesan - Wee
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong ketika tiba di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini bagi menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: MCA bersedia untuk melaksanakan peranan semak dan imbang sebagai pembangkang yang berkesan untuk kerajaan baharu, kata Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata MCA akan kekal teguh dalam mengutamakan kepentingan rakyat sama ada sebagai kerajaan atau pembangkang.
"Penolakan Barisan Nasional (BN) (untuk menyertai mana-mana gabungan bagi membentuk kerajaan) ialah demonstrasi proses demokrasi negara yang sihat dan matang dan kami menghormati kehendak rakyat dengan sepenuh hati," katanya pada sidang media di Wisma MCA di sini hari ini.
Ketika ditanya apa akan terjadi kepada Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional jika gabungan itu tidak mempunyai kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan, beliau sekadar mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka.
"Kami tidak mempunyai mandat untuk membentuk kerajaan, jadi hal ini bukan masalah kami, kami hanya memainkan peranan sebagai pembangkang," katanya.
Terdahulu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam hantaran Twitter beliau berkata Dewan Tertinggi BN memutuskan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan bagi membentuk kerajaan dan bersedia menjadi pembangkang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU15
#Presiden MCA Wee Ka Siong
#pembangkang berkesan
#Barisan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan