Pasca Sarawak 2016: Adenan kembali bertugas selepas menang besar

Astro Awani
Mei 9, 2016 06:10 MYT
Beliau memulakan hari pertama di pejabatnya, iaitu di Wisma Bapa Malaysia pada 9.30 pagi tadi, selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-enam pada malam Sabtu lalu. - Foto Pejabat Ketua Menteri Sarawak
Selepas memimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak untuk memenangi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 Sabtu lalu, Ketua Menteri, Tan Sri Dr Adenan Satem kembali bertugas di pejabatnya untuk memimpin Kerajaan Negeri untuk lima tahun akan datang.
Beliau memulakan hari pertama di pejabatnya, iaitu di Wisma Bapa Malaysia pada 9.30 pagi tadi, selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-enam pada malam Sabtu lalu.
Turut hadir di Wisma Bapa Malaysia adalah Ketua Setiausaha Negeri, Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Pengarah Unit Pengurusan Sumber Manusia, Dr. Sabariah Putit, Setiausaha Sulit Kanan, Azmi Bujang, Pegawai Pentadbiran Khas, Wan Khalik Wan Muhammad dan juga beberapa pegawai pejabat Ketua Menteri.
Majlis penghargaan turut diadakan di pejabat Ketua Menteri.
BN Sarawak memenangi 72 daripada 82 kerusi dalam pilihan raya negeri ke-11 pada Sabtu.
#Adenan Satem #Barisan Nasional #BN #PBB #pilihan raya Sarawak #PRN-11 #sarawak2016 #SPR #Suruhanjaya Pilihan Raya