awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Badan Kehakiman tubuh Mahkamah Tinggi Khas, percepat penyelesaian kes rasuah
Tiga feri penumpang musnah terbakar di limbungan Bukit Malut, Langkawi
STR Fasa 1 2026 mula disalurkan kepada 5 juta penerima hari ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PasLeak: "Hanya loyar buruk layan surat layang fitnah parti" - Abdul Hadi Awang

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
22/04/2022
06:41 MYT
PasLeak: "Hanya loyar buruk layan surat layang fitnah parti" - Abdul Hadi Awang
Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tiada keperluan untuk beliau membuat penafian isu PasLeak kerana penjelasan sudah diberikan Naib Presidennya, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar pada Rabu lalu. - Gambar Facebook ABDUL HADI AWANG
MARANG: Pas enggan melayan melayan isu PasLeak yang disifatkan sebagai surat layang semata-mata untuk memfitnah parti itu.
Dalam masa sama, Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tiada keperluan untuknya membuat penafian berkenaan perkara itu kerana penjelasan sudah diberikan Naib Presidennya, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar pada Rabu lalu.
Penyebaran PasLeak tersebut juga, kata Abdul Hadi, tidak menggugat hubungan parti itu dengan rakan komponen Perikatan Nasional (PN).
Sebaliknya, Ahli Parlimen Marang itu berkata, mereka sentiasa berbincang dari semasa ke semasa.
“Surat layang tak perlu kita layan… masalahnya siapa dia yang buat surat itu? Tak ada guna kita layan surat layang ini… kita jadi melayang sama.
“(Bahkan) saya rasa hanya yang loyar buruk sahaja yang berminat melayan surat layang ini… dari segi undang-undang pun tak lekat surat layang ini ,” tegas Abdul Hadi kepada wartawan selepas menyampaikan kuliah Duha di Masjid Rusil di sini, hari ini.
Terdahulu Ahmad Samsuri dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan PasLeak sebagai dokumen sampah.
Ia sekali gus menafikan dakwaan wujudnya perbincangan dalaman untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan UMNO sebagaimana dokumen minit mesyuarat PN yang tular di media sosial sebelum ini.
Topic Berkaitan
#PasLeak
#surat layang
#loyar buruk
#Abdul Hadi Awang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan