BENTONG: Jentera Barisan Nasional (BN) perlu menyantuni setiap pelusuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, bagi memastikan kawasan itu terus menjadi kubu kuat parti itu di Pahang.
Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata semua ahli juga perlu menyokong sesiapa sahaja yang dipilih kepimpinan BN, dan tidak mengamalkan 'cah keting' kerana mereka membawa bendera parti dan bukannya bertanding atas kapasiti individu.
"Jangan ada sengketa, sebaliknya kena muafakat supaya tidak kecundang, kekalkan rekod kita di Pelangai supaya terus menjadi kubu BN, dan mengekalkan kemenangan di sini sejak lama dulu.
"Kita perlu memastikan majoriti yang dimenangi Datuk Seri Johari Harun (penyandang DUN Pelangai) dikekalkan atau lebih baik," katanya.
Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Jentera BN Pilihan Raya Kecil (PRK) N.36 Pelangai di Simpang Pelangai di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi BN negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Menteri Besar Pahang.
Beliau berkata kemenangan BN juga, akan meneruskan momentum kemenangan yang dicapai calon Kerajaan Perpaduan pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor, 9 Sept lepas.
Ditanya mengenai peratusan mengundi yang kurang memberangsangkan sejak kebelakangan ini, Mohamad menyifatkan perkara itu sebagai 'biasa pada mana-mana PRK' kerana pengundi beranggapan undian mereka tidak membawa banyak perubahan.
"Yang penting adalah untuk kita pastikan semua ahli UMNO di sini yang lebih 3,000, keluar pada hari pengundian. Kalau semua mereka keluar, lebih 20 peratus (undi) sudah memihak kepada kita dan selebihnya adalah kita tarik pengundi di setiap pelusuk," katanya.
DUN Pelangai mempunyai 16,456 pengundi.
PRK DUN Pelangai akan diadakan pada 7 Okt ini ekoran kematian Johari, 53, akibat nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada petang 17 Ogos lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon berlangsung pada Sabtu ini, manakala 3 Okt sebagai hari undi awal.
Pada PRU15, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan calon PN Kasim Samat, calon PH Ahmed Wafiuddin Shamsuri dan calon Pejuang Isa Ahamd.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023
![Pastikan Pelangai terus jadi kubu kuat BN - Mohamad Pastikan Pelangai terus jadi kubu kuat BN - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690518723_DatoSeriUtamaHaj.jpg)
Mohamad berkata kemenangan BN akan meneruskan momentum kemenangan yang dicapai calon Kerajaan Perpaduan pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor, 9 Sept lepas. - Gambar fail/FB Mohamad
![Bordeaux fail muflis Bordeaux fail muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722043252_TBFCGirondins.jpg)
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
![Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722042268_tbmedanselera.jpg)
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722038584_TyphoonGaemi.jpg)
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
![Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718005586_UzirMahidin.jpg)
Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan
Sumbangan PMKS kepada KDNK mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2023 dengan nilai ditambah berjumlah RM613.1 bilion atau 39.1 peratus kepada ekonomi Malaysia.
![PRN DUN Pelangai: Fahmi sangkal dakwaan warga Felda sokong PN PRN DUN Pelangai: Fahmi sangkal dakwaan warga Felda sokong PN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696573330_TBFahmiFadzil.jpg)
PRN DUN Pelangai: Fahmi sangkal dakwaan warga Felda sokong PN
Fahmi menyangkal dakwaan kononnya PN memperoleh sokongan masyarakat Felda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Sabtu lepas.
![Kemenangan BN bukti formula Kerajaan Perpaduan diterima rakyat - Noraini Kemenangan BN bukti formula Kerajaan Perpaduan diterima rakyat - Noraini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679827124_KetuaWanitaUMNOD.jpg)
Kemenangan BN bukti formula Kerajaan Perpaduan diterima rakyat - Noraini
Noraini Ahmad berkata, kemenangan itu membuktikan formula kerjasama di antara parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan diakui dan diterima oleh rakyat.
![PRK Pelangai: Kemenangan BN bukti isu 3R dimain PN, ditolak rakyat Pahang PRK Pelangai: Kemenangan BN bukti isu 3R dimain PN, ditolak rakyat Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696579377_WanRosdyWanIsmail.jpg)
PRK Pelangai: Kemenangan BN bukti isu 3R dimain PN, ditolak rakyat Pahang
Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kemenangan tersebut juga telah menyekat kemaraan gelombang hijau di negeri tersebut.
![PRK Pelangai: Ayah hantar, adik-beradik bantu pimpin masuk saluran - Pengundi OKU penglihatan PRK Pelangai: Ayah hantar, adik-beradik bantu pimpin masuk saluran - Pengundi OKU penglihatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696661634_TBPRKPelangai.jpg)
PRK Pelangai: Ayah hantar, adik-beradik bantu pimpin masuk saluran - Pengundi OKU penglihatan
Dia yang bersemangat keluar mengundi hari ini tidak lagi mampu melihat akibat terlibat dalam kemalangan di tempat kerja sekitar tahun 1999.
![Sesiapa boleh datang ke Pelangai, tapi jangan tabur fitnah - Amizar Sesiapa boleh datang ke Pelangai, tapi jangan tabur fitnah - Amizar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696499276_AmizarAbuAdam.jpg)
Sesiapa boleh datang ke Pelangai, tapi jangan tabur fitnah - Amizar
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam berkata sesiapa pun boleh datang untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, tetapi jangan menyebarkan fitnah.
![Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696268339_AnwarIbrahim.jpg)
Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.
![Replika wau gergasi curi tumpuan di Pelangai Replika wau gergasi curi tumpuan di Pelangai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695777451_Replika.jpg)
Replika wau gergasi curi tumpuan di Pelangai
Salah satu ditempatkan di persimpangan masuk Felda Kemasul, manakala satu lagi ditempatkan di pekarangan kediaman penduduk.
![PRK Pelangai: Saingan tiga penjuru antara BN, PN, bekas ahli UMNO PRK Pelangai: Saingan tiga penjuru antara BN, PN, bekas ahli UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41695437891_TBPRKPelangai.jpg)
PRK Pelangai: Saingan tiga penjuru antara BN, PN, bekas ahli UMNO
Senarai rasmi calon-calon diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail.
![PRK Pelangai: Diiringi ratusan penyokong, proses penamaan calon bermula PRK Pelangai: Diiringi ratusan penyokong, proses penamaan calon bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695431959_TBPRKPelangai.jpg)
PRK Pelangai: Diiringi ratusan penyokong, proses penamaan calon bermula
Bakal calon diberi tempoh sejam hingga 10 pagi bagi mengemukakan borang pencalonan, sebelum senarai yang layak bertanding diumumkan.
![PRK DUN Pelangai: Pas umum calon malam ini PRK DUN Pelangai: Pas umum calon malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695192889_TBAhmadSamsuri.jpg)
PRK DUN Pelangai: Pas umum calon malam ini
Pas bakal mempertaruhkan calon anak tempatan yang dekat dengan rakyat untuk bertanding sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan.