KUALA LUMPUR: Terdapat sesetengah pemimpin UMNO yang gemar mencatur perpecahan dalaman parti sehingga wujud "kluster" dan kem dalam parti itu, kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan.
Menurut Mohamad, budaya yang dibawa oleh sesetengah pemimpin UMNO itu boleh merencatkan parti itu daripada menjelmakan potensi sebagai parti terkuat orang Melayu.
"Dalam pada itu, UMNO juga tidak lari dari masalah dalaman. Ini adalah lumrah pergerakan politik. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula pergerakan politik dengan jutaan dukungan ahli.
"Namun ia tidak boleh dibiarkan. Jika tidak, ia akan menyekat UMNO daripada menjelmakan potensi besar yang dimilikinya untuk menjadi suara politik sebenar bangsa Melayu.
"Malangnya bukan kita tak tahu, antara kita ada yang sangat gemar mencatur perpecahan dalam UMNO. Sehingga muncul segala macam puak, ‘kluster’ itu dan kem ini.
"Semuanya datang dari dalam UMNO sendiri," katanya ketika berucap merasmikan persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puetri UMNO, di Pusat Dagangan Dunia (WTC), malam ini.
Dalam ucapannya juga, Mohamad mengingatkan ahli Parlimen UMNO supaya tidak menentukan jalan sendiri yang bercanggah dengan kepimpinan parti.
BACA: PAU 2021: Ini masa terbaik laksanakan PRU15 - Mohamad Hasan
"Para perwakilan yang dikasihi. Saya mesti ingatkan, saya perlu nyatakan, ahli Parlimen kita pula janganlah menentukan jalan sendiri.
"Janganlah bercanggah nyata dengan pendirian kepimpinan parti. Sesungguhnya sebagai parti yang hendak kembali kuat, UMNO tidak akan membenarkan sesiapa juga melupakan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat yang mewakili UMNO.
"Bukan mewakili kelompok tertentu dan pemimpin tertentu," katanya.
PERKEMBANGAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2021
Dalam pada itu, Mohamad turut menegaskan bahawa sudah tiba masanya untuk semua orang Melayu, kembali ke pangkuan UMNO.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, cukuplah orang Melayu bersaing dengan memudaratkan bangsa dan UMNO perlu jadikan satu-satunya wadah paling berpengaruh, paling kuat dan paling unggul untuk politik Melayu.
Astro Awani
Wed Mar 16 2022

Mohamad mengingatkan ahli parlimen UMNO supaya tidak menentukan jalan sendiri yang bercanggah dengan kepimpinan parti. - Gambar Astro AWANI/Shahir Omar

Hamas puji pendirian negara-negara Eropah
Hamas memuji beberapa negara Eropah yang menuntut genosid yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza dihentikan.

Nahas FRU: Enam mangsa masih dirawat, seorang dibenar keluar hospital semalam
Lima daripada anggota itu dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI) dan seorang di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Amerika Syarikat timbang program realiti tv berkait kewarganegaraan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S sedang menilai cadangan rancangan realiti TV yang menampilkan pendatang bersaing untuk meraih kewarganegaraan Amerika melalui pelbagai cabaran.

1,500 kanak-kanak sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
Program menghimpunkan lebih 1,500 penyertaan kanak-kanak, bukan sahaja dari negeri Melaka, malah mendapat sambutan luar biasa dari keluarga yang datang dari luar.
Dua warga Singapura ditemui mati di rumah inap
Dua warga Singapura ditemui meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan di sebuah rumah inap di Jalan Nadchatiram, Taman Taynton View, Cheras, pada Jumaat.
[TERKINI] 71 sekolah dibenar laksana PDPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenal pasti sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan diberikan kebenaran melaksanakan PDPR sempena sidang kemuncak ASEAN ke-26.

PBB rancang sambung semula penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza
PBB kini mempunyai 160,000 palet bantuan yang sedia dihantar jika diberi kebenaran.

Wartawan Sepanyol kongsi Fabio Gonzalez sertai JDT
Pemain tengah CD Tenerife, Fabio Gonzalez, difahamkan telah menyertai kelab gergasi tanah air, Johor Darul Tazim (JDT).
AWANI Ringkas: Musim Haji |Kebajikan Guru KAFA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sebanyak 11,272 kes di Malaysia dari ME1 sehingga Sabtu lepas
KKM mengesahkan situasi COVID-19 di Malaysia kekal terkawal dengan 11,727 kes direkodkan setakat ME19/2025, sambil meneruskan pemantauan aktif dan langkah pencegahan berterusan.

Malaysia perlu rebut segala peluang boleh diterokai di Rusia
Banyak peluang boleh diterokai di Rusia kerana negara itu mempunyai sumber yang pelbagai serta memiliki kekuatan daripada segi teknologi termasuk dalam bidang pertanian dan lain-lain.

79 Tahun UMNO: Terus teguh berjuang demi bangsa dan negara - Tok Mat
Mohamad Hasan menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli parti yang kekal setia dan teguh bersama UMNO.

Rakyat Malaysia di India dan Pakistan dinasihat hubungi kedutaan
Rakyat Malaysia yang berada di India dan Pakistan, khususnya pelajar dinasihatkan supaya menghubungi pihak kedutaan di negara berkenaan.

Menteri Luar Malaysia, Pakistan bincang ketegangan di Asia Selatan
Dar memaklumkan kepada Mohamad mengenai "perkembangan semasa serantau" dan ketegangan dengan India.

Malaysia-China tubuh Majlis Perundingan untuk pantau 31 MoU - Mohamad
Malaysia dan China akan menubuhkan sebuah Majlis Perundingan bagi menyelaras dan memantau pelaksanaan 31 MoU yang dimeterai Rabu lepas.

PRK Ayer Kuning: BN usaha tawan pengundi atas pagar - Mohamad Hasan
BN akan berusaha menawan sokongan pengundi 'kelabu' atau atas pagar terutama dalam kalangan anak muda pada PRK Ayer Kuning, 26 April ini.

Cadangan kerja dari rumah, PDPR semasa Sidang Kemuncak ASEAN akan dibawa ke Kabinet - Mohamad
Cadangan mengenai kerja dari rumah dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan Oktober depan akan dibawa ke perhatian Kabinet.

Kunjungan Xi perkukuhkan hubungan dagang dua hala - Mohamad Hasan
Lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia pada minggu depan bakal memperkukuh hubungan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

PRK Ayer Kuning: Jentera BN diingatkan tidak pandang rendah saingan lawan
BN mengingatkan jentera parti berkenaan supaya tidak memandang rendah keupayaan calon parti lawan bagi memastikan kemenangan pada PRK DUN Ayer Kuning.

Malaysia setuju sediakan hospital medan di Myanmar - Mohamad Hasan
Hospital medan ini dilengkapi dengan lebih 30 bahagian, termasuk bilik bedah, X-Ray, dan kemudahan wad dengan lebih 30 katil.