KUALA LUMPUR : Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak pernah memanggil atau memberi sebarang bentuk arahan kepada menteri-menteri daripada parti itu bagi membincangkan prestasi mereka dalam kerajaan.
Tegasnya, ia berikutan Timbalan Presiden UMNO itu berhak memberi arahan bagi melakukan penambahbaikan, namun, perkara itu tidak dilakukan.
"Bagi saya, saya nak tahu apa lagi yang parti suruh yang kita tidak buat? Tok Mat sebagai timbalan ketua parti, beliau berhak mengarahkan menteri-menteri sebab kita ini duduk dalam kerajaan mewakili parti.
"Namun, saya tidak pernah dengar sekali pun, sejak sudah beberapa tahun dalam kabinet, Timbalan Presiden panggil kami. Dia boleh panggil menteri sebab Timbalan Presiden berada di (jawatan) atas, kami semua ini di bawah.
"Walaupun dia jauh lebih junior daripada saya, namun dalam parti, dia adalah senior, dia boleh panggil menteri dan beritahu, parti nak lakukan itu, lakukan ini, tetapi sekali pun tidak pernah ada sebarang directive (arahan) daripada Timbalan Presiden.
"Sekurang-kurangnya, kalau parti bagi directive, menteri-menteri gagal melaksanakannya, dia bolehlah bagi markah prestasi," katanya semasa wawancara program Agenda AWANI pada Jumaat.
Sebelum ini, Mohamad dalam ucapan perasmian perhimpunan sayap UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2021, menyifatkan prestasi UMNO dalam kerajaan tidak menunjukkan keyakinan yang diharapkan.
Mengulas lanjut, Annuar berkata, tidak adil bagi menteri-menteri UMNO dilabelkan sedemikian, sedangkan tiada sebarang arahan diberikan oleh pemimpin kanan parti itu.
Malah, kata Annuar, sebagai seorang yang sudah berada lama dalam kabinet, beliau lebih arif dalam selok-belok urusan kerajaan berbanding Tok Mat.
"Yang pertamanya saya rasakan ia tidak adil. Satu lagi, kalau dia berada di luar kerajaan, mungkinkah dia tahu selok belok yang kita lalui dalam kerajaan?
"Lagipun, saya sudah lama dalam kerajaan. Saya sudah pegang empat portfolio, dan saya berada dalam kabinet sejak zaman Tun Dr Mahathir (Mohamad) sampailah ke zaman Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Rasanya saya tahulah nak menyukat lebih kurang soal prestasi ini. Ini bukan nak defensif, tetapi macam Tok Mat dia suka outright (terang-terangan), tetapi brand (jenama) Annuar Musa ini lebih lagi," tambahnya.
Tegas Annuar, kerajaan ketika ini dipimpin oleh Perdana Menteri dari UMNO dan Naib Presiden parti yang menunjukkan prestasi memberangsangkan.
"Pada saya secara jujur, Perdana Menteri amat perform sebab Perdana Menteri ambil kerajaan dalam keadaan politik tidak stabil, ekonomi dan COVID-19 teruk, selain gabungan dalam Perikatan Nasional (PN) terhuyung-hayang.
"Datuk Seri Ismail Sabri ambil kerajaan, kemudian stabilkan, jalankan program pemulihan COVID-19 dan ekonomi, mula tarik pelabur, ekonomi pulih, dan rakyat senang sekarang ini. Adakah itu kita tak nak memberi kredit kepada kejayaan parti kita?" soalnya.
Malah, Mohamad perlu berterus terang kepada menteri berkenaan terutama kalangan mereka yang berada dekat dengan Timbalan Presiden itu.
"Menteri Kesihatan, adalah timbalan (Ketua UMNO Bahagian Rembau) Tok Mat. Adakah portfolio itu gagal sekarang? Kalau gagal, bisik kepada Khairy itu timbalan dia. Tetapi ramai kata Khairy dan KKM telah menjalankan tugas dengan baik.
"Jadi kenapa kecemerlangan menteri-menteri yang berhempas pulas bekerja kita tak nak beri pengiktirafan? Pada saya, saya cakap terus terang, " katanya lagi.
Justeru katanya, kenyataan Mohamad mengenai prestasi menteri UMNO itu disifatkan sebagai pandangan individu dan beliau menghormatinya.
Rahimah Abdullah
Fri Mar 18 2022

Kata Annuar, Timbalan Presiden UMNO itu berhak memberi arahan bagi melakukan penambahbaikan, namun, perkara itu tidak dilakukan. - Foto Astro AWANI

Penasihat utama politik China bertemu Speaker Dewan Rakyat Malaysia
Wang menyifatkan konsensus yang dicapai sebagai gambaran jelas tentang prinsip persahabatan, keikhlasan, manfaat bersama dan keterangkuman.

Kerajaan akan teroka peluang kerjasama LCSF dengan negara nilai dagangan tinggi
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan terus meneroka peluang untuk memperluaskan kerjasama Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan dengan negara lain.

Belanjawan 2024 mampu jadi asas kebangkitan ekonomi negara
Usaha kerajaan ke arah matlamat kebangkitan ekonomi negara boleh dilihat menerusi pelbagai pelan hala tuju seperti NETR dan NIMP 2030.

Pendigitalan perlu jadi asas pembangunan negara - Fahmi Fadzil
Pendigitalan kini perlu menjadi asas pembangunan sesebuah negara ke arah memupuk antaranya aspek pertumbuhan ekonomi, inovasi serta keterangkuman kewangan.

FDI Malaysia dijangka meningkat dengan dasar blok perdagangan, usaha PM tingkatkan profil negara
FDI Malaysia dijangka meningkat lebih kukuh menerusi galakan dasar "blok perdagangan" oleh kerajaan AS dan langkah Anwar untuk menambah baik kemudahan pelaburan di negara ini.

Industri sawit digalak teroka pasaran khusus untuk nilai pasaran lebih tinggi
Syarikat Malaysia digalakkan untuk mengeksport barangan siap berbanding dengan komoditi minyak sawit.

Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan
Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran jaringan logistik melalui rel dan udara dari Sabah dan Sarawak ke Kalimantan, Indonesia.

Malaysia sasar 10 emas di Kejohanan Gusti Lengan Dunia 2023
Seramai 56 peserta termasuk bekas juara 2019, Joffey Jolly, dari Sabah akan menggalas cabaran negara dalam 30 kategori dipertandingkan.

Monsun Timur Laut: JPBN Sarawak bersiap siaga hadapi bencana
Sarawak telah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dan hujan lebat yang dibawa oleh angin Monsun Timur Laut.

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.

1,200 peniaga berjaya mendigitalkan perusahaan menerusi program pemantapan - Menteri KUSKOP
1,200 peniaga berjaya mendigitalkan perusahaan menerusi program pemantapan yang dilaksanakan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

UNGA: PM perlu angkat kepentingan tatakelola global yang menyantuni negara-negara lemah - Ahli CCFP
Perdana Menteri harus mengangkat isu kepentingan tatakelola global yang menyantuni negara-negara lemah semasa UNGA.

Pengurusan negara lebih cekap dengan Pangkalan Data Bersepadu (PADU)
Penyaluran dana pembangunan rakyat dapat dilaksana lebih tepat dengan sistem penyelarasan data yang terkini dan lebih menyeluruh.

Sekolah vernakular kini jadi tarikan, suburkan perpaduan - Menteri Perpaduan
Datuk Aaron Ago Dagang berkata, ini merupakan trend yang menarik dalam konteks perpaduan dalam negara.

TNB sasar jana 8,300MW tenaga boleh baharu melalui solar menjelang 2025
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyasarkan untuk menjana 8,300MW tenaga boleh baharu melalui ladang solar berskala besar menjelang tahun 2025.

Batuk kokol: Bayi kurang enam bulan berisiko tinggi dijangkiti - Pakar
Pakar kesihatan awam KKM berkata, jangkitan terhadap bayi boleh menyebabkan komplikasi buruk, termasuk sawan dan kematian.

Malaysia #QuranHour buka jemputan kepada bukan Islam 30 Ogos ini - CEO WUIF
Penganjuran Malaysia #QuranHour kali ini membawa kelainan dengan penyertaan dibuka kepada masyarakat bukan Islam untuk turut serta.

Aplikasi MYJalan terima semua aduan tanpa mengira bidang kuasa seliaan - Menteri
Aplikasi MYJalan yang diperkenal Kementerian Kerja Raya (KKR) tidak akan menolak sebarang aduan berkaitan kerosakan jalan raya di seluruh negara.

15 peratus pengundi, orang muda belum buat keputusan - Kajian Ilham Centre
15 peratus daripada pengundi-pengundi Barisan Nasional (BN) dan orang muda masih belum membuat keputusan mengenai gabungan parti politik yang akan diundi.

Pengundi tegar UMNO di Terengganu seakan beri isyarat beralih kepada PN - Kajian Ilham Centre
Penyokong BN merupakan kumpulan pengundi yang mempunyai corak pengundi yang paling tidak konsisten.