POLITIK
PAU 2025: Perwakilan cadang buka lebih banyak ruang dan pentas untuk suarakan pandangan
Hussen mencadangkan UMNO Pusat mempertimbangkan penggunaan dewan-dewan kecil lain di PWTC seperti Dewan Tun Hussein Onn sebagai pentas bebas kepada perwakilan bahagian untuk berucap. -Foto FB/Hussen Zulkarai
KUALA LUMPUR: Seorang perwakilan UMNO mencadangkan agar kepimpinan parti membuka lebih banyak ruang dan platform kepada perwakilan bahagian untuk menyuarakan pandangan secara terbuka pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU), akan datang.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Menurut Hussen Zulkarai, walaupun PAU yang berlangsung di Dewan Merdeka memberi peluang kepada wakil-wakil negeri untuk berucap, kekangan masa menyebabkan ramai ketua bahagian dan perwakilan akar umbi tidak berpeluang menyampaikan pandangan mereka.
"Saya hadir sebagai perwakilan dan mendengar semua ucapan. Banyak perwakilan sebenarnya ingin bercakap dan menyampaikan pandangan, tetapi masa di Dewan Merdeka sangat terhad, hanya wakil negeri sahaja yang dapat berucap di dalam dewan berkenaan," katanya dalam satu rakaman video.
Beliau mencadangkan agar UMNO Pusat mempertimbangkan penggunaan dewan-dewan kecil lain di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) seperti Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Razak sebagai pentas bebas kepada perwakilan bahagian untuk berucap, selain sesi utama di Dewan Merdeka.
Mengulas kandungan ucapan wakil-wakil negeri, beliau mengakui terdapat ucapan yang berkualiti dan menyentuh hala tuju serta gerak kerja parti, namun berpendapat ada juga ucapan yang sekadar memuji individu tertentu tanpa membawa mesej membina.
"Kita perlu buang budaya untuk masa depan parti. Kita datang ke perhimpunan ini untuk bercakap perkara sebenar, bercakap tentang masa depan parti, hala tuju serta gerak kerja yang perlu dibuat, dan bukannya memuji individu-individu tertentu," ujarnya lagi.
Beliau yang juga AJK UMNO Bahagian Setiawangsa berkata, pandangan itu turut dikongsi oleh beberapa ketua bahagian lain yang hadir, yang bersepakat bahawa UMNO perlu bergerak ke arah budaya berucap yang lebih jujur, berani dan berterus terang demi membina semula kekuatan parti.
Sehubungan itu, beliau memohon kepimpinan tertinggi UMNO Malaysia agar mempertimbangkan cadangan tersebut dan membuka ruang perbincangan lebih luas pada PAU akan datang, supaya suara akar umbi dapat didengar secara langsung dan menyeluruh.
PAU 2025 menutup tirai semalam selepas ia berlangsung sejak 14 lalu, dan menjadi medan penting bagi memperkukuh kesatuan parti serta memperjelas hala tuju perjuangan UMNO.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Cadangan perwakilan UMNO: Berikan lebih ruang dan platform kepada wakil bahagian untuk bersuara secara terbuka pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) akan datang.
- Kekangan masa di PAU: Ramai ketua bahagian dan perwakilan akar umbi tidak berpeluang bercakap di Dewan Merdeka; hanya wakil negeri sahaja yang berucap.
- Ke arah budaya berucap yang lebih jujur: Cadangan untuk menggunakan dewan-dewan kecil di PWTC sebagai pentas alternatif, dan meningkatkan kesan bercakap yang membina serta jauh daripada memuji individu tertentu.
Menurut Hussen Zulkarai, walaupun PAU yang berlangsung di Dewan Merdeka memberi peluang kepada wakil-wakil negeri untuk berucap, kekangan masa menyebabkan ramai ketua bahagian dan perwakilan akar umbi tidak berpeluang menyampaikan pandangan mereka.
"Saya hadir sebagai perwakilan dan mendengar semua ucapan. Banyak perwakilan sebenarnya ingin bercakap dan menyampaikan pandangan, tetapi masa di Dewan Merdeka sangat terhad, hanya wakil negeri sahaja yang dapat berucap di dalam dewan berkenaan," katanya dalam satu rakaman video.
Beliau mencadangkan agar UMNO Pusat mempertimbangkan penggunaan dewan-dewan kecil lain di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) seperti Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Razak sebagai pentas bebas kepada perwakilan bahagian untuk berucap, selain sesi utama di Dewan Merdeka.
Mengulas kandungan ucapan wakil-wakil negeri, beliau mengakui terdapat ucapan yang berkualiti dan menyentuh hala tuju serta gerak kerja parti, namun berpendapat ada juga ucapan yang sekadar memuji individu tertentu tanpa membawa mesej membina.
"Kita perlu buang budaya untuk masa depan parti. Kita datang ke perhimpunan ini untuk bercakap perkara sebenar, bercakap tentang masa depan parti, hala tuju serta gerak kerja yang perlu dibuat, dan bukannya memuji individu-individu tertentu," ujarnya lagi.
Beliau yang juga AJK UMNO Bahagian Setiawangsa berkata, pandangan itu turut dikongsi oleh beberapa ketua bahagian lain yang hadir, yang bersepakat bahawa UMNO perlu bergerak ke arah budaya berucap yang lebih jujur, berani dan berterus terang demi membina semula kekuatan parti.
Sehubungan itu, beliau memohon kepimpinan tertinggi UMNO Malaysia agar mempertimbangkan cadangan tersebut dan membuka ruang perbincangan lebih luas pada PAU akan datang, supaya suara akar umbi dapat didengar secara langsung dan menyeluruh.
PAU 2025 menutup tirai semalam selepas ia berlangsung sejak 14 lalu, dan menjadi medan penting bagi memperkukuh kesatuan parti serta memperjelas hala tuju perjuangan UMNO.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah cadangan yang dikemukakan oleh seorang perwakilan UMNO berkenaan Perhimpunan Agung UMNO (PAU)?
A: Cadangan tersebut ialah untuk membuka ruang dan platform kepada perwakilan bahagian agar dapat menyuarakan pandangan secara terbuka di PAU akan datang. - Q: Mengapa perwakilan UMNO mencadangkan penggunaan dewan-dewan kecil lain di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) bagi perbincangan?
A: Ini disebabkan kekangan masa di Dewan Merdeka menyebabkan ramai ketua bahagian dan perwakilan akar umbi tidak berpeluang menyampaikan pandangan mereka pada sesi utama di PAU. - Q: Apakah yang dimaksudkan dengan budaya berucap yang lebih jujur, berani, dan berterus terang dalam konteks cadangan tersebut?
A: Budaya ini merujuk kepada keperluan untuk bercakap tentang masa depan parti, hala tuju, serta gerak kerja yang perlu dilakukan, dan bukannya sekadar memuji individu tertentu tanpa membawa mesej membina. - Q: Apakah tujuan sebenar perbincangan dan ucapan yang diharapkan oleh perwakilan bahagian dalam PAU?
A: Tujuannya adalah untuk membina semula kekuatan parti dengan berbincang tentang hala tuju serta gerak kerja yang perlu dilakukan, serta menolak budaya memuji individu tanpa memberikan pandangan yang substansial. - Q: Bagaimanakah penutupan PAU 2025 memberi impak kepada kesatuan dan hala tuju perjuangan UMNO?
A: Penutupan PAU 2025 dianggap sebagai medan penting untuk memperkukuh kesatuan parti serta memperjelas hala tuju perjuangan UMNO bagi memastikan kestabilan dan kejayaan parti ke depan.