Belasungkawa Allahyarham Bung Moktar Radin | Ikuti Perkembangan Terkini Perjalanan Terakhir di sini
POLITIK

PAU2017: Minyak wangi poket pemimpin UMNO jadi tarikan

Nursyazwani Saiful Sham 06/12/2017 | 08:53 MYT
Minyak wangi poket Hasy memaparkan imej pemimpin UMNO antara menjadi perhatian perwakilan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC. -Siti Nursyazwani
Minyak wangi bersaiz poket memaparkan imej Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, presiden terdahulu dan pemimpin parti antara produk jualan yang mencuri tumpuan perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO 2017.

Minyak wangi poket jenama Hasy itu ditawarkan untuk lelaki dan wanita ini bebas alkohol dan boleh dibawa bersolat.

Bagi Pengasas Hasy Malaysia, Hafizan Haji Hassan minyak wangi bertemakan Pemimpin UMNO itu diperkenalkan bagi menerapkan semangat cintakan negara dan sentiasa hormati pemimpin negara.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Menurutnya lagi, konsep yang diketengahkan menerusi minyak wangi poket ini dengan menggabungkan dua generasi pemimpin dalam satu pakej.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pakej yang direka khas sempena PAU2017 ini diterima baik pengunjung dengan kuantiti terhad.

Pengunjung boleh mendapatkan minyak wangi poket ini di ruang jualan aras tiga, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada harga RM70.
#Datuk Seri Najib Tun Razak #Khairy Jamaluddin #Minyak Wangi #PAU 2017 #pemimpin #Perdana Menteri #Perhimpunan Agung UMNO 2017 #Tun Razak