POLITICS

PAU2017: Najib beli pantun Anwar

Wan Syamsul Amly, Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi 07/12/2017 | 05:12 MYT
Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan pentas Perhimpunan Agung UMNO 2017 untuk membalas pantun Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Astro AWANI / Shahir Omar
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan pentas Perhimpunan Agung UMNO 2017 untuk membalas pantun Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas ketua pembangkang itu menjual pantun selepas lawatan Datuk Seri Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor selepas melawatnya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bulan lalu.

Pantun Anwar berkisar kepada pilihan raya umum dijawab Datuk Seri Najib seperti berikut:

Burung Merpati Terbang Sekawan

Hinggap Seekor Di Atas Dahan

Kita Sahut ‘Lawan Tetap Lawan’

Di Pilihanraya Bertarunglah Seperti Anak Jantan
#balas pantun #Hospital Kuala Lumpur #jawab pantun #jual pantun #Najib Tun Razak #pantun Anwar Ibrahim #pantun Najib #PAU2017 #Rosmah Mansor #ucapan dasar #UMNO4 0