PAU2017: Saya hanya lawat Anwar kerana beliau kenalan lama - Najib

Wan Syamsul Amly, Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Disember 7, 2017 03:45 MYT
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan sebab utama beliau melawat bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di hospital adalah kerana beliau kenalan lama. -- fotoBERNAMA
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan sebab utama beliau melawat bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hospital adalah kerana beliau kenalan lama.
"Saya berziarah ke hospital untuk melawat beliau yang sedang sakit, atas sifat kenalan lama.
"Saya hanya melawat, sebab itu saya bawa isteri bersama," kata Datuk Seri Najib.
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar Presiden di Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
#Anwar Ibrahim #Hospital #lawatan #Najib Razak #PAU 2017 #UMNO #UMNO 4 0