KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus memperjuangkan agenda Bumiputera selain memastikan agenda membasmi kemiskinan terus dijayakan.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Bajet 2022 adalah sebahagian daripada inisiatif yang telah diusahakan oleh kerajaan ketika ini dalam mencapai hasrat tersebut.
“Dalam Bajet 2022, peruntukan kepada orang Melayu dan Bumiputera adalah sebanyak 75 peratus daripada agihan peruntukan mengikut kaum. Antara inisiatif utama ialah pertama, Program Peningkatan Kapasiti dan pembiayaan perniagaan sebanyak RM4.8 bilion.
“Kedua, kemudahan pendidikan anak-anak Melayu dan Bumiputera melalui MARA, Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebanyak RM6.6 bilion.
"Dalam RMK12 misalnya, enam sasaran dan tujuh strategi khusus telah ditetapkan. Ini bagi mencapai kesaksamaan keberhasilan Bumiputera,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di ibu negara pada Sabtu.
Malah, jelasnya melalui TERAJU, kerajaan juga telah melancarkan Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) untuk memperkasa ekonomi dan sosioekonomi Bumiputera.
Selain itu, katanya Agenda Basmi Kemiskinan turut menjadi keutamaan kerajaan ketika ini.
Sebelum ini jelasnya, banyak rungutan daripada perwakilan dalam PAU2021 yang telah membangkitkan kerisauan mengenai isu tersebut.
“Saya sendiri lahir dari keluarga miskin,anak penoreh getah. Saya merasai dan memahami apa erti kesusahan sebab itulah agenda basmi kemiskinan menjadi keutamaan saya.
BACA LAPORAN KOMPREHENSIF BERHUBUNG PAU2021 DI SINI
“Pandemik COVID-19 juga telah menyebabkan ramai golongan M40 tergelincir kepada B40. Kerajaan melalui Unit Perancang Ekonomi sedang melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang bertujuan menghapuskan miskin tegar pada tahun 2025," ujarnya.
Katanya lagi, Unit Kemiskinan khusus telah ditubuhkan di negeri-negeri dan juga daerah bagi tujuan tersebut.
Menurutnya, beliau sendiri telah mempengerusikan Jawatankuasa Pemandu (BMTKM) di peringkat pusat bagi memantau perkembangan pelaksanaan program rintis yang dilaksanakan di 80 lokaliti di seluruh negara.
Jelas Perdana Menteri, BMTKM akan melibatkan kerjasama strategik dengan semua pihak, kerajaan negeri, kementerian-kementerian, pemimpin setempat, universiti tempatan, pihak swasta dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO).
“Insya-Allah, sasaran ini akan dapat dicapai akhir tahun 2025. Selagi hayat dikandung badan, nasib Melayu dan Bumiputera akan saya perjuangkan," tambahnya.
Raja Hisyam Raja Zaid
Sat Mar 19 2022

Menurut PM Ismail Sabri, Bajet 2022 adalah sebahagian daripada inisiatif yang telah diusahakan oleh kerajaan ketika ini dalam mencapai hasrat tersebut. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Penasihat utama politik China bertemu Speaker Dewan Rakyat Malaysia
Wang menyifatkan konsensus yang dicapai sebagai gambaran jelas tentang prinsip persahabatan, keikhlasan, manfaat bersama dan keterangkuman.

Kerajaan akan teroka peluang kerjasama LCSF dengan negara nilai dagangan tinggi
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan terus meneroka peluang untuk memperluaskan kerjasama Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan dengan negara lain.

Belanjawan 2024 mampu jadi asas kebangkitan ekonomi negara
Usaha kerajaan ke arah matlamat kebangkitan ekonomi negara boleh dilihat menerusi pelbagai pelan hala tuju seperti NETR dan NIMP 2030.

Pendigitalan perlu jadi asas pembangunan negara - Fahmi Fadzil
Pendigitalan kini perlu menjadi asas pembangunan sesebuah negara ke arah memupuk antaranya aspek pertumbuhan ekonomi, inovasi serta keterangkuman kewangan.

FDI Malaysia dijangka meningkat dengan dasar blok perdagangan, usaha PM tingkatkan profil negara
FDI Malaysia dijangka meningkat lebih kukuh menerusi galakan dasar "blok perdagangan" oleh kerajaan AS dan langkah Anwar untuk menambah baik kemudahan pelaburan di negara ini.

Industri sawit digalak teroka pasaran khusus untuk nilai pasaran lebih tinggi
Syarikat Malaysia digalakkan untuk mengeksport barangan siap berbanding dengan komoditi minyak sawit.

Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan
Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran jaringan logistik melalui rel dan udara dari Sabah dan Sarawak ke Kalimantan, Indonesia.

Malaysia sasar 10 emas di Kejohanan Gusti Lengan Dunia 2023
Seramai 56 peserta termasuk bekas juara 2019, Joffey Jolly, dari Sabah akan menggalas cabaran negara dalam 30 kategori dipertandingkan.

Monsun Timur Laut: JPBN Sarawak bersiap siaga hadapi bencana
Sarawak telah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dan hujan lebat yang dibawa oleh angin Monsun Timur Laut.

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.

Sekolah vernakular kini medium perpaduan, bukan lagi pemisahan - Menteri Perpaduan
Sekolah vernakular dilihat memberi manfaat khususnya kepada orang Melayu dan Bumiputera yang kini semakin ramai boleh berbahasa Mandarin dan Tamil.

Mohd Syahir digesa mohon maaf, guris hati masyarakat Siam
Mohd Syahir Che Sulaiman digesa memohon maaf kepada masyarakat Siam berikutan kenyataannya pada program Debat Model Ekonomi Baharu bersifat tidak sensitif terhadap institusi dan agama Buddha.

PM ulangi ada komplot jatuhkan kerajaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi bahawa wujudnya komplot untuk menjatuhkan kerajaan.

Kuota pendidikan Melayu, bumiputera diperuntuk dalam Perlembagaan
Tindakan afirmatif ini wujud di banyak negara dan ia penting bagi memastikan demografik sesebuah negara itu diwakili pada segenap peringkat.

Perlembagaan jamin hak Melayu tanpa jejaskan kaum lain - Pakar
Dakwaan Dr Mahathir kononnya usaha promosi 'Malaysian Malaysia' akan menghapuskan Tanah Melayu dan diganti dengan negara berbilang kaum tidak berasas dari sudut Perlembagaan Persekutuan.

Mara sedia bimbingan, pembiayaan perniagaan tanpa mengira parti - Asyraf Wajdi
Program bimbingan dan pembiayaan perniagaan di bawah Mara untuk melahirkan usahawan bumiputera dilakukan tanpa mengira parti.

Tiada unsur kroni dalam pembelian Rumah Selangorku - Rodziah
Kerajaan Selangor hari ini menafikan dakwaan wujudnya unsur kroni berkaitan pembelian rumah pertama Rumah Selangorku.

Kerajaan peruntuk RM150 juta biaya pemodenan vesel, mekanisasi tangkapan
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM150 juta bagi membiayai Program Pemodenan Vesel (PPV) dan Program Mekanisasi Tangkapan (PMT) untuk meningkatkan jumlah pendaratan ikan bagi bekalan makanan.

Median simpanan KWSP Bumiputera susut 70 peratus
Golongan Bumiputera merekodkan penurunan kadar median simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 70 peratus setalah empat kali proses pengeluaran khas sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

Parlimen Bangi rekod populasi tertinggi
Kawasan Parlimen Bangi mencatatkan jumlah penduduk tertinggi antara 222 kawasan Parlimen di Malaysia iaitu 691,900 orang, menurut Statistik Subnasional Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) 2023.