KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO mengusulkan agar kepimpinan tertinggi parti membuat pindaan kepada perlembagaan parti supaya pemilihan parti diadakan setiap kali selepas Pilihan Raya Umum (PRU).
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO boleh mengikut cara rakan parti itu, MCA yang turut melakukan pendekatan sama.
Cadangan itu senada dengan Puteri UMNO yang turut membangkitkan perkara sama, disampaikan melalui Ketua Puterinya, Datuk Zahida Zarik Khan pada Khamis.
“Setuju?” tanya beliau kepada perwakilan sebelum ramai melaungkan setuju.
“Ini bagi mengelakkan sebarang usaha untuk memporak-peranda, melemahkan perpaduan dan kekuatan parti.
“Ingat, pilihan raya akan datang, lebih besar geloranya. Ingat, pilihan raya akan datang lebih besar cabarannya.
“Bukan sahaja dari fitnah lama tapi tohmahan baharu dari dalam dan luar bahtera, semuanya bagi memecah-belahkan kita semua.
“Semuanya bagi melumpuhkan jentera kita dan akhirnya mengambil laba dari kelemahan kita,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda Umno Malaysia pada Khamis.
PERKEMBANGAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2021
BACA: PAU2021: Puteri UMNO desak pemilihan parti dibuat setiap kali selepas PRU - Zahida
Terdahulu, Astro Awani melaporkan Zahida berkata, cadangan pemilihan parti selepas PRU itu adalah perlu bagi mengelakkan daripada berlaku krisis dalaman parti terutamanya peringkat kepimpinan.
Menurut Zahida, memandangkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) merupakan punca kuasa tertinggi dalam parti kita, justeru, beliau memilih menyuarakan desakan itu bagi memastikan suara Puteri didengari pucuk pimpinan.
Tambah beliau, ada segelintir ahli dan pimpinan parti yang hanya ligat untuk berkempen dalam pemilihan parti, namun, tidak menyumbang ketika diperlukan dalam pilihan raya.
Ridauddin Daud
Thu Mar 17 2022

Menurut Asyraf Wajdi ini bagi mengelakkan sebarang usaha untuk memporak-peranda, melemahkan perpaduan dan kekuatan parti. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Individu tertua di Jepun meninggal dunia pada usia 115 tahun
Hayashi, yang dilahirkan pada 2 Sept 1909, meninggal dunia pada pagi Sabtu di sebuah hospital di kampung halamannya di Toki, Wilayah Gifu.

Warga media rakan strategik kerajaan - Dr Zaliha
Warga media merupakan rakan strategik kerajaan yang berperanan membina kefahaman, memupuk perpaduan dan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap hala tuju serta tindakan Kerajaan MADANI.

Industri kreatif mampu kukuhkan hubungan Malaysia-Indonesia, kata Duta Besar
Industri kreatif Malaysia, khususnya dalam bidang filem dan drama, berpotensi menjadi jambatan baharu dalam memperkukuh hubungan budaya dengan Indonesia.

Kepimpinan mahasiswa perlu integriti, bijak buat keputusan - Zambry
Zambry turut menyeru mahasiswa memahami konsep "Informed Decision", iaitu membuat keputusan berpandukan fakta dan penilaian rasional, bukan dipengaruhi sentimen media sosial.

Lelaki warga emas maut dibunuh, lima lelaki ditahan
Helmi berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada 3.22 petang Ahad mengenai insiden pergaduhan di pondok itu.

Maldives pelawa syarikat Malaysia teroka peluang pelaburan sektor strategik - Presiden
Maldives mempelawa syarikat-syarikat Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan baharu dalam sektor strategik susulan pembaharuan undang-undang di negara itu dalam usaha menarik pelabur asing.

YDF 2025 anjuran PRactitioners tingkat daya saing dalam bidang perhubungan awam
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata komunikasi strategik kini menjadi keperluan utama dalam pembangunan negara dan pertumbuhan generasi baharu.

AS tidak akan mengabaikan suara kolektif ASEAN - Penganalisis
Amerika Syarikat (AS) dijangka tidak akan membiarkan dasar mengenai kadar tarif yang tidak munasabah ke atas negara-negara ASEAN berterusan.

Malaysia, Vietnam sepakat teruskan bantuan kemanusiaan di Myanmar tanpa sekatan
Katanya, adalah penting supaya semua pihak meneruskan gencatan senjata bagi memastikan keselamatan pekerja bantuan kemanusiaan.

Kerajaan disaran guna firewall tapis aplikasi AI tidak selamat
Pembangunan AI perlu mematuhi peraturan keselamatan yang ketat dan tidak hanya bergantung kepada kawalan luaran.

PRK Ayer Kuning: UMNO guna strategi 'man-to-man marking'
UMNO turun padang dengan strategi 'man-to-man marking' dalam memenangi hati pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Rumah tidak harmoni cetus perilaku buli - Dr Rashidi
Kanak-kanak yang membesar dalam suasana rumah yang tidak harmoni sering berdepan tekanan emosi yang tinggi.

“Ibu bapa, masalah di rumah antara faktor buli membiak di sekolah” - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA ingatkan jangan sesekali meletakkan kesalahan di bahu pelajar dan guru sekiranya kes buli tercetus.

Tujuh pelajar MRSM terlibat kes buli disyor tamat pengajian - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata pejabatnya juga tidak akan melayan rayuan pelaku insiden itu, jika mereka berbuat demikian.

Video tular buli pelajar berlaku di MRSM tahun lepas - Polis
Polis mengesahkan video membabitkan seorang pelajar dibuli rakan-rakannya yang tular hari ini, berlaku di sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di daerah Seberang Perai Selatan (SPS), di sini.

'Awak buli, awak dibuang!'
Majlis Amanah Rakyat mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap dakwaan berlaku kejadian buli di sebuah Maktab Rendah Sains Mara di Pulau Pinang.

Jangan perkecil usaha kerajaan bantu orang Melayu, Bumiputera - PM
Anwar beri amaran agar nama Melayu dan Bumiputera tidak dipergunakan untuk mengkhianati usaha yang dilakukan kerajaan.

UMNO tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri - Asyraf Wajdi
UMNO akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba mengaitkan parti dengan siasatan kes berkaitan Ismail Sabri

Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.