awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS didorong sentimen global bercampur-campur
Piala Malaysia: Masih ada 90 minit untuk Negeri Sembilan FC berjuang
SARA untuk Semua disalurkan hari ini, kategori barangan diperluas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2023: Ketua Pemuda UMNO akan bertemu Ketua Pemuda PH, bincang gerak kerja PRN

Bernama
Bernama
10/06/2023
10:42 MYT
PAU2023: Ketua Pemuda UMNO akan bertemu Ketua Pemuda PH, bincang gerak kerja PRN
Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh akan bertemu dengan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Dr Kelvin Yii Lee Wuen bagi membincangkan mengenai gerak kerja dalam menghadapi enam PRN yang akan datang. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Dr Muhamad Akmal Saleh akan bertemu dengan Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Dr Kelvin Yii Lee Wuen bagi membincangkan mengenai gerak kerja dalam menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
Beliau berkata ia sekali gus membuktikan bahawa pihaknya tiada masalah untuk bekerjasama dengan parti-parti yang mengganggotai Kerajaan Perpaduan susulan kenyataannya yang menuntut DAP membuat permohonan maaf secara terbuka atas semua kata-kata dan tohmahan yang pernah dilemparkan kepada UMNO.
"Saya nak bagitahu jelas hubungan kami di antara Pemuda UMNO dan Pemuda PH ataupun (sayap) Pemuda daripada Kerajaan Perpaduan adalah sangat baik malah kami baru sahaja lepas (menghadiri) Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan dan Alhamdulillah konvensyen berjalan dengan sangat-sangat baik.
...tetapi bila kita di Perhimpunan Agung, ini medan untuk kita bawa suara di akar umbi, kita penyampai, dan ini tidak bermakna bahawa hubungan kami dengan Pemuda PH atau Pemuda Kerajaan Perpaduan ini tidak baik," katanya selepas mengadakan lawatan ke Laman Media di Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia di sini hari ini.
Beliau berkata kenyataan "DAP perlu mohon maaf" berkenaan adalah dibuat atas dasar membawa suara akar umbi ke peringkat atasan dan ia juga merupakan cara terbaik untuk meredakan ketegangan.
"Kalau tak boleh pertamanya kita nak paksa macam mana, tetapi ia akan menimbulkan ketidaksenangan pengundi dan ahli UMNO di bawah.
"...dan kita bakal menghadapi PRN tak lama sahaja lagi sebenarnya ini adalah kaedah terpantas untuk merendahkan suhu yang panas di bawah ini...kalau tidak kita mungkin akan menghadapi sedikit kesukaran tapi insya-Allah kita akan cuba hadapi cara kita," katanya.
Di samping itu, Mohamad Akmal berkata UMNO memerlukan bantuan dan buah fikiran daripada semua pihak yang masih sayangkan parti berkenaan.
"Pemilihan sudah berakhir maka fokus kita pada hari ini adalah untuk memperkuatkan UMNO maka sesiapa yang betul sayangkan UMNO kat luar sana kita Pemuda mengalu-alukan untuk mereka datang membantu Pemuda dan membantu UMNO yang penting kita nak lihat UMNO kembali dipercayai rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#bincang gerak kerja
#Ketua Pemuda UMNO
#ketua pemuda PH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan