awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2023: UMNO lulus pindaan perlembagaan mudahkan permohonan keahlian baharu

Bernama
Bernama
09/06/2023
11:30 MYT
PAU2023: UMNO lulus pindaan perlembagaan mudahkan permohonan keahlian baharu
Perhimpunan Agung UMNO 2023 membabitkan 2,891 perwakilan dari 189 bahagian serta sayap pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri parti itu. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi permohonan keahlian baharu.
Pindaan itu melibatkan tiga Fasal Utama iaitu Fasal 5, Fasal 10 dan Fasal 18 yang menyentuh soal pendaftaran keahlian dan tanggungjawab Majlis Tertinggi (MT).
Kelulusan sebulat suara pindaan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap UMNO Tan Sri Badruddin Amiruldin.
Terdahulu, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika membentangkan pindaan itu berkata semua perkara berkaitan keahlian parti akan dipindah ke dalam satu peraturan baharu yang akan dikeluarkan oleh MT.
"Pindaan ini dicadangkan untuk menambah baik, memperkemas dan memudahkan proses permohonan keahlian. Ini kerana peraturan berkaitan keahlian UMNO seperti juga peraturan parti lain akan lebih mudah untuk dikemas kini atau dipinda apabila wujud keperluan," katanya.
Beliau berkata apabila peraturan itu berada di bawah kuasa MT, sebarang pindaan dan kemas kini keahlian tidak memerlukan pindaan Perlembagaan UMNO.
Perhimpunan Agung UMNO 2023 membabitkan 2,891 perwakilan dari 189 bahagian serta sayap pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri parti itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PAU2023
#pindaan perlembagaan
#ahli baharu
#permohonan keahlian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan