awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBM tarik balik penggantungan dua Ahli Majlis Tertinggi

Missel Ernie Bick
Missel Ernie Bick
18/12/2022
09:39 MYT
PBM tarik balik penggantungan dua Ahli Majlis Tertinggi
Larry Sng mengingatkan baki 10 lagi AMT PBM yang digantung untuk segera memberi surat tunjuk sebab sebelum hujung bulan ini atau berdepan pemecatan serta-merta. - Astro AWANI
SIBU: Parti Bangsa Malaysia (PBM) telah mengembalikan keanggotaan dua Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti itu yang digantung sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.
Keputusan dibuat dalam mesyuarat khas parti itu pada Sabtu.
Pengerusi PBM, Datuk Larry Sng Wei Shien menerusi hantaran di Facebook pada Ahad memaklumkan, penetapkan untuk menarik balik penggantungan keahlian serta mengembalikan jawatan dua ahli AMT berkenaan telah dipersetujui oleh anggota yang hadir.
"Hari ini (Sabtu) saya mengadakan perbincangan bermakna dengan dua AMT PBM iaitu Datuk Chua Lian Chye dan Muniraa Abu Bakar, yang sebelum ini digantung tugas sebelum pilihan raya, bersama jawatankuasa disiplin parti.
"Pertemuan berlangsung satu jam setengah dan diputuskan bahawa penggantungan mereka akan ditarik balik dan jawatan mereka dikembalikan semula," katanya.
Manakala, baki 10 lagi AMT yang masih digantung keahliannya dan tidak hadir pada mesyuarat tersebut perlu memberikan surat tunjuk sebab.
Ujarnya, sekiranya gagal berbuat demikian dalam tempoh seminggu maka mereka bakal dilucutkan keahlian parti secara serta merta.
Namun, bagi mereka yang membalas surat berkenaan, nasib mereka bakal ditentukan oleh jawatankuasa disiplin sebelum penghujung tahun ini.
Ssebelum PRU15 beberapa ahli PBM telah digantung keahlian berikutan masalah perebutan kuasa dalam PBM pada akhir bulan Oktober.
Antara yang terlibat termasuk bekas Ahli Parlimen Ampang Datuk Zuraidah Kamaruddin, Dr Daroyah Alwi dan Dr Sathiskumar Govindaraju.
Topic Berkaitan
#Parti Bangsa Malaysia
#Larry Sng Wei Shien
#Datuk Chua Lian Chye
#Muniraa Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan