awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PBRS sokong penuh keputusan MKT UMNO calonkan Ismail Sabri sebagai PM

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
15/04/2022
06:21 MYT
PBRS sokong penuh keputusan MKT UMNO calonkan Ismail Sabri sebagai PM
Kurup (gambar) berkata, Ahli Parlimen Bera itu telah membuktikan prestasi cemerlang dalam urusan pentadbiran negara dengan memberikan penekanan terhadap kestabilan politik, ekonomi dan kebajikan rakyat. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyokong penuh keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang sebulat suara bersetuju mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Presidennya, Tan Sri Joseph Kurup berkata, Ahli Parlimen Bera itu telah membuktikan prestasi cemerlang dalam urusan pentadbiran negara dengan memberikan penekanan terhadap kestabilan politik, ekonomi dan kebajikan rakyat.
"Antara usaha yang berjaya dilaksanakan adalah menyatupadukan semua pihak, termasuk ahli Parlimen pembangkang dan memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia serta usaha untuk melakukan transformasi dasar seperti memastikan Rang Undang-Undang Antilompat Parti dapat direalisasi sebelum PRU-15.
"PBRS sebagai parti komponen tunggal Barisan Nasional (BN) di Sabah percaya hala tuju yang dibawa pimpinan kerajaan pada masa kini berada di landasan yang tepat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambah Kurup, keputusan yang dipersetujui MKT UMNO mencerminkan kematangan UMNO dan BN yang meletakkan kepentingan rakyat sebagai asas utama dalam urusan pentadbiran negara.
"Ini memudahkan tugasan pimpinan parti untuk merencanakan hala tuju negara demi kestabilan dan kesinambungan dasar negara agar kesejahteraan serta keharmonian rakyat terus terbela di bawah BN.
"BN berada dalam landasan tepat dan sudah pasti parti-parti komponen akan bekerja sebagai satu pasukan menuju PRU-15 demi kesejahteraan Keluarga Malaysia," katanya lagi.
Selain itu, Menurut Kurup, antara komitmen yang telah diberikan kerajaan khusus untuk Sabah seperti kejayaan mendapat sokongan 2/3 untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedudukan Sabah dan Sarawak setaraf dengan Semenanjung Malaysia.
Beliau turut mengumumkan kenaikan pemberian khas kepada kerajaan negeri di bawah perkara 112D Perlembagaan Persekutuan sebanyak 4.7 kali ganda (RM126 juta).
"Selain itu bagi memberi lebih perhatian kepada pembangunan di Sabah selaras dengan konsep keterangkuman dalam aspirasi Keluarga Malaysia, kerajaan pimpinan Ismail Sabri komited untuk menyiapkan baki 19 pakej projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dalam tempoh lima tahun," katanya.
Topic Berkaitan
#PBRS sokong Ismail Sabri
#Ismail Sabri PM
#RUU Antilompat Parti
#pembangunan Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan