awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pecat serta-merta andai ada Jemaah Menteri terlibat rasuah - PM Anwar

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
11/12/2022
11:00 MYT
Pecat serta-merta andai ada Jemaah Menteri terlibat rasuah - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau menekankan tata kelola yang baik dalam kerajaan dan tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan rasuah. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau menekankan tata kelola yang baik dalam kerajaan dan tidak akan bertolak ansur sama sekali dengan rasuah.
Tegasnya, peringatan itu disampaikan kepada semua Jemaah Menterinya baru-baru ini dan sekiranya wujud rasuah dalam pentadbirannya, beliau akan memecat individu terlibat dengan serta-merta.
"Saya kata 'no corruption'. Saya bercakap dengan Ketua Parti komponen… kalau ada (rasuah) semasa pentadbiran saya, saya minta mereka dipecat serta-merta. Saya tak tolak ansur.
"Ini bukan kenyataan politik, ini keyakinan saya. Saya dihumban ke penjara, dipukul setengah mati, dah lama terseksa… bukan untuk mendabik dada, menang dan menjadi Perdana Menteri.
"Tapi ini semua ujian Allah. Saya selalu sebut, kita hanya terima ujian kecil tapi untuk mengajar kita, mendewasakan kita. Ya, ujiannya kecil tapi ada pengajarannya.
"Apa pengajarannya? Kita tahu apa erti susah. Kita tahu apa erti sakit dipukul badan kita padahal kita tak bersalah. Kita tahu bagaimana kegiatan pasukan keselamatan, pendakwaan dan hakim sekiranya tidak patuh pada keluhuran Perlembagaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap ketika mengadakan pertemuan mahabbah bersama Ulama dan Asatizah di Kompleks Seri Perdana, di sini pada Ahad.
Hadir sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah.
Tambah Anwar, beliau berpandangan politik bukan kesempatan untuk membina kekayaan, menunjukkan kehebatan dan keangkuhan serta mengkayakan sanak saudara.
Tegasnya, disebabkan sistem yang diamalkan sebelum ini menyebabkan rakyat berasa sinis dan mempertikai akhlak serta kewibawaan pimpinan.
"Begitu juga kebebasan profesionalisme badan-badan penguatkuasaan, saya sudah bertemu dengan Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mereka memberi gesaan yang sama.
"Saya mahu buktikan ada orang Melayu, anak Melayu yang menggunakan kuasanya untuk menjaga dan membela nasib rakyat di negara ini.
"Saya mahu buktikan bahawa orang yang percaya kepada Islam itu akan dihormati dan diyakini kerana prinsip rahmah dan keadilan yang ditegakkannya," katanya.
Katanya lagi, beliau juga tidak memberi jaminan kepada sesiapa untuk terlepas daripada hukuman sekiranya ia telah diputuskan oleh hakim yang bebas dan adil.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#jemaah menteri
#Rasuah
#Kerajaan Perpaduan
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan