awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai khas Shahidan Kassim dilantik senator

Bernama
Bernama
26/08/2021
15:03 MYT
Pegawai khas Shahidan Kassim dilantik senator
Sidang DUN Perlis sebulat suara memilih Seruandi (kiri) dan Aziz (kanan) sebagai Senator Dewan Negara pada persidangan dewan kali ini. - Gambar/ Bernama
KANGAR: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis hari ini menerima cadangan pelantikan dua Ahli Dewan Negara baharu yang dikemukakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.
Mereka ialah Setiausaha UMNO Bahagian Padang Besar Aziz Ariffin, 68, dan Setiausaha UMNO Bahagian Arau, Seruandi Saad, 54 yang juga pegawai khas kepada Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim.
Kedua-dua mereka akan dilantik sebagai senator bagi tempoh tiga tahun sehingga 2024.
Aziz menggantikan Kamaruddin Abdun manakala Seruandi menggantikan Sabani Ahmad yang kedua-duanya tamat tempoh jawatan Senator pada 25 Julai lepas.
Cadangan pelantikan Aziz disokong oleh Ruzaini Rais (BN-Beseri) sementara cadangan pelantikan Seruandi disokong oleh Rozieana Ahmad (BN-Pauh) dan dewan sebulat suara menyokong cadangan tersebut.
Aziz yang turut bergiat aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) merupakan ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Perlis sejak 2014, manakala Seruandi adalah Pengerusi Alumni Majlis Belia Malaysia Negeri Perlis dan ahli Majlis Perbandaran Kangar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN Perlis
#pegawai khas
#Shahidan Kassim
#senator
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan