awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam Syahredzan Johan dilantik sebagai Setiausaha Politik Lim Kit Siang

Ibrahim Sani
Ibrahim Sani
09/06/2018
03:18 MYT
Peguam Syahredzan Johan dilantik sebagai Setiausaha Politik Lim Kit Siang
Syahredzan menjelaskan bahawa pelantikan sebagai Setiausaha Politik kepada Kit Siang merupakan jawatan parti di dalam DAP. - Twitter/Shahredzan Johan
Peguam dan aktivis, Syahredzan Johan telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Syahredzan merupakan rakan kongsi dalam firma Tetuan RamRais & Rakan-Rakan. Beliau merupakan pengamal undang-undang selama lebih 10 tahun.
Beliau adalah lulusan bidang perundangan dari Cardiff University, United Kingdom pada tahun 2005 sebelum dipanggil ke Majlis Peguam England dan Wales.
Setahun kemudiannya, beliau kembali ke tanah air untuk berkhidmat bersama firma RamRais. Beliau diperakui sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya pada bulan Oktober 2007.
Melalui sebuah kenyataan, Syahredzan menjelaskan bahawa pelantikan sebagai Setiausaha Politik kepada Kit Siang merupakan jawatan parti dalam DAP.
"Saya masih seorang peguam bela dan peguam cara. Lantikan saya sebagai seorang Setiauasaha Politik adalah tugasan parti yang saya pegang dalam DAP," jelas beliau.
Syahredzan berusia 35 tahun, dan anak kepada Tan Sri Johan Jaaffar, iaitu bekas pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#DAP
#DBP
#Johan Jaafar
#Lim Guan Eng
#Lim Kit Siang
#Media Prima
#messrs
#Pakatan Harapan
#polsec
#ramrais
#setpol
#Supol
#Syahredzan Johan
#tetuan
#Utusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan