AYER KEROH: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) memberi tumpuan kepada kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan profesional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penglibatan pihak berkecuali itu meliputi kira-kira 100 NGO termasuk kumpulan pesara tentera dan guru.
"Kita akan bekerjasama kerana mereka juga berhak mengundi, sebenarnya kalau UMNO pun kalau bergantung kepada ahli UMNO sahaja, mereka tak boleh menang. UMNO menang kerana orang ramai sokong. Kita pun macam itu juga, kita nak beritahu pada orang ramai apa dia Pejuang.
"Kalau mereka, mempunyai pendirian yang sama dengan Pejuang, kita boleh kerjasama dengan mereka. Pertamanya. kita nak hapuskan budaya rasuah ini, kebanyakan daripada mereka macam di Johor baru-baru ini, kita cuba nak tarik sokongan kepad aPejuang, mereka tanya, berapa Pejuang nak bagi. Ini kerana parti lain konon bagi RM200 pada pengundi. Kita tak bagi duit, kita kalau berjuang nak dapat sokongan bukan kerana duit," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Pemukiman Pejuang Negeri Melaka di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
Mengulas lanjut ujarnya, beliau mengakui parti itu tidak akan bergerak solo bagi mempertaruhkan nasib pada PRU15 yang digambarkan bakal diadakan tidak lama lagi.
Namun katanya, ini bukan masa yang sesuai untuk membincangkan soal kerjasama dengan mana-mana parti politik, sebaliknya agenda utama parti ketika ini adalah untuk menjelaskan hala tuju sebenar parti selain tumpuan kepada masalah yang dihadapi masyarakat Melayu khususnya ketika ini.
Katanya, ini kerana masyarakat juga kecewa dengan kelakuan sesetengah ahli politik yang jelas tidak lagi berjuang untuk bangsa, sebaliknya merebut jawatan tertinggi di dalam parti mahupun kerajaan.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Jun 04 2022
Tun Dr Mahathir berkata Pejuang tidak akan bergerak solo bagi mempertaruhkan nasib pada PRU15 yang digambarkan bakal diadakan tidak lama lagi. - Foto BERNAMA
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Ketua Pejuanita Muda letak jawatan
Dr Nurul Ashikin Mabahwi mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Pejuanita Muda dan Ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP) parti itu.
Pejuang tidak letak calon PRK Kemaman
Muhammad Rafique berkata keputusan tersebut dibuat bagi memberi ruang kepada proses memperkuatkan parti untuk menghadapi PRU16.
Pejuang tidak bertanding dalam PRN di enam negeri - Mukhriz
Mukhriz berkata parti itu sebaliknya akan menggunakan kesempatan yang ada untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Pejuang pertikai keistimewaan Zahid jumpa Najib dua jam
Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, tempoh maksimum lawatan banduan yang diberikan hanya 45 minit.
"Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong"- Zahid
Ahmad Zahid menyatakan bahawa kepimpinan sebuah parti politik di negara ini masih tidak serik dan bersikap bodoh sombong meskipun kesemua calon parti berkenaan telah hilang deposit dalam PRU15.
PRN: "Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang"- Mukhriz
UMNO yang terpalit dengan amalan kleptokrasi tidak selari dengan prinsip perjuangan parti Pejuang, kata Mukhriz.
Tun M tinggalkan GTA
Keputusan dibuat selepas menyedari GTA tidak dapat berfungsi dengan baik selain gagal menarik sokongan pengundi.
'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'
Parti itu mempunyai peranan besar kerana berusaha menyatukan pergerakan konservatif yang lain semenjak sebelum PRU15.
PN tolak permohonan Pejuang sertai gabungan itu - Hamzah
Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional membuat keputusan menolak permohonan parti Pejuang Tanahair menyertai gabungan itu.
Saya tidak terlibat dalam perancangan politik Mukhriz - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak terlibat dalam perancangan politik yang diatur anaknya Datuk Seri Mukhriz yang juga Presiden Pejuang.