awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejuang sahkan pengunduran Tun Mahathir sebagai pengerusi parti

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2022
09:36 MYT
Pejuang sahkan pengunduran Tun Mahathir sebagai pengerusi parti
Pejuang mencatatkan prestasi terburuk pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu apabila seramai 67 calon yang dipertaruhkannya hilang wang pertaruhan mereka, termasuklah Mahathir dan Mukhriz. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sah meletakkan jawatan sebagai pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memaklumkan, pihaknya menerima keputusan Dr Mahathir untuk berundur dari jawatan tersebut.
"Seluruh Anggota Majlis Eksekutif Pusat dan ahli parti serata negara menyanjung tinggi jasa, pemikiran, tunjuk ajar dan kepimpinan beliau sepanjang memegang jawatan Pengerusi.
"Penghargaan yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Ayahanda Tun. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh membalas jasa beliau kepada kami," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurut Muhkriz, biarpun tidak lagi memegang jawatan pengerusi, Dr Mahathir kekal sebagai ahli Pejuang.
Pejuang mencatatkan prestasi terburuk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu apabila seramai 67 calon yang dipertaruhkannya hilang wang pertaruhan mereka, termasuklah Dr Mahathir dan Mukhriz.
Dr Mahathir mengalami kekalahan teruk di Langkawi dengan menduduki tempat keempat dalam pertandingan lima penjuru.
Mukhriz turut mengalami nasib yang sama, apabila tewas di Jerlun, kerusi yang disandangnya sejak 2018, selepas Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi itu dengan majoriti 20,456 undi pada 19 Nov lalu.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#Pejuang
#letak jawatan
#Mukhriz Mahathir
#PRU15
#PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan