KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan keseluruhan kepimpinan parti itu yakin pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah amat tepat.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa pelantikan Ismail itu berdasarkan pengalaman pemimpin berkenaan sebagai seorang Menteri dan Menteri Kanan.
"Presiden Pas dan seluruh kepimpinan serta ahli-ahli Pas mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas perlantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh YAB. Perdana Menteri pada hari ini.
"Pas yakin perlantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah amat tepat berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang Menteri dan Menteri Kanan serta merupakan pemimpin UMNO paling kanan dalam Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional," jelas kenyataan itu.
BACA: Ismail Sabri dilantik TPM, Hishammuddin Menteri Kanan Luar Negeri - PMO
BACA: "Saya sedar dan insaf, tanggungjawab dan harapan rakyat cukup besar" - Hishammuddin
Tambah beliau, Pas yakin Ismail Sabri akan dapat membantu Perdana Menteri dalam menguruskan negara terutama menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang masih lagi berdepan dengan pandemik COVID-19.
"Pas turut mengucapkan tahniah kepada YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Luar Negeri, yang turut dilantik sebagai seorang Menteri Kanan.
"Beliau yang juga merupakan anggota kanan dalam Kerajaan sebelum ini diyakini mampu berganding tenaga dengan semua anggota Kabinet yang lain ke arah membawa Malaysia lebih dihormati di peringkat antarabangsa," jelas kenyataan itu lagi.
Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan Ismail Sabri dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri berkuatkuasa serta merta.
Jelas kenyataan itu, Ismail akan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.
Turut dilantik, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai Menteri Kanan Luar Negeri sekaligus mengetuai Kluster Keselamatan yang diketuai Ismail sebelum ini.
Fareez Azman
Wed Jul 07 2021

Pas yakin perlantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah amat tepat berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang Menteri dan Menteri Kanan. - Gambar fail/Astro AWANI

Lelaki ditahan bersama syabu, aset mewah hampir RM1 juta disita
Suspek ditahan kira-kira jam 8.40 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari JSJN Kontinjen Terengganu.

KKM keluar lebih 43,000 notis kesalahan berkaitan produk merokok sejak Oktober 2024
Notis kesalahan itu dikeluarkan atas pelbagai bentuk pelanggaran di bawah Akta 852 dan peraturan berkaitannya.

Malaysia gesa lanjutkan, luaskan genjatan senjata di Myanmar untuk lindungi misi kemanusiaan
Malaysia menggesa supaya genjatan senjata semasa di Myanmar yang dijadual tamat pada Rabu, dilanjutkan dan diperluas.

PRU2025 Singapura: PAP akan terus berusaha dapatkan keyakinan rakyat
Dr Ng berkata kepercayaan telah menjadi asas kepada kejayaan PAP membina sebuah negara yang selamat dan berdaya tahan sejak merdeka.

Bekas suami buat onar, ibu tunggal diugut Ah Long
Gara-gara bekas suami tidak melunaskan pinjaman 'Ah Long', seorang ibu tunggal kini hidup dalam ketakutan selepas diugut bunuh oleh sindiket wang pinjaman tidak berlesen itu.

Lapar dalam diam: Ratapan kanak-kanak Gaza di tengah-tengah sekatan Israel
Program Makanan Sedunia PBB turut mengumumkan pada Jumaat bahawa stok makanan mereka di Gaza telah habis sepenuhnya akibat sekatan Israel.

Komitmen terhadap fakta teras kerjasama media dan kerajaan - MB Selangor
Ia bagi memastikan sistem sosial masyarakat terus stabil terutama dalam konteks kepelbagaian budaya serta fahaman di Malaysia.

MIHAS 2025 akan manfaatkan platform MDT sasar jualan halal global bernilai RM4.5 bilion
Selama bertahun-tahun, MIHAS telah berkembang daripada pameran perdagangan menjadi hab global yang dinamik.

453 terbunuh, 1,265 cedera dalam kemalangan jalan raya di Myanmar dalam tempoh tiga bulan
Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding tempoh sama tahun lepas yang mencatatkan 585 kematian dan 1,556 kecederaan.

Latihan, simulasi keselamatan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dari 5 hingga 7 Mei
Latihan itu bagi memastikan keselamatan pemimpin dan tetamu berada pada tahap optimum dan menguji kesiapsiagaan pasukan keselamatan negara.

Tangguh haji, umrah untuk pilihan raya: Jangan terburu-buru keluar pandangan - Mohd Na’im
Hukum agama ialah perkara yang memerlukan penelitian mendalam, kefahaman menyeluruh serta disiplin ilmu yang tinggi.

Jakim teliti kenyataan kemenangan politik Islam lebih utama dari tunai haji
Jakim kini sedang meneliti yang mendakwa mengundi untuk memastikan kemenangan politik Islam lebih utama daripada menunaikan ibadah haji.

Kedudukan Abdul Hadi tidak tercabar
Kamarudin berpandangan, ketokohan dan khidmat Tan Sri Abdul Hadi Awang masih relevan untuk terus menerajui parti Islam itu.

Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan".

Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.

Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

Ibu mentua Presiden Pas meninggal dunia
Ibu mentua Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang, Dayang Abdullah, 90, meninggal dunia tengah malam tadi.

"Marang satu minit pun tak pernah masuk penjara" - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution menegaskan dari aspek sejarah, Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak pernah dimasukkan ke penjara.

Keputusan PM Anwar tidak ambil gaji tidak bertentangan ajaran Islam - JPPA PKR
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengambil gaji adalah tidak bertentangan dengan ajaran Islam sama ada dari sudut niat mahupun pelaksanaannya.

Abdul Hadi desak kerajaan tidak tutup pintu untuk diberi nasihat
Kerajaan didesak tidak menutup pintu untuk ditegur dan diberi nasihat bagi menjamin keadilan di negara ini dapat terus ditegakkan.