Pelantikan Najib langkah ke belakang - Nazri Aziz

Bernama
Julai 10, 2019 14:29 MYT
NAZRI: Apa bentuk nasihat yang dia boleh berikan kepada kita? - Gambar fail
Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini menyifatkan, pelantikan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) sebagai 'langkah ke belakang'.
"Kita (BN) kalah di bawah siapa? Apa bentuk nasihat yang dia boleh berikan kepada kita?" kata bekas ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kepada pemberita di lobi Parlimen ketika ditanya mengenai perkara itu.
"Saya rasa ia langkah ke belakang," katanya.
Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, pelantikan itu dibuat berdasarkan keputusan sebulat suara Dewan Tertinggi BN.
Ketika ditanya perkara sama, Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dengan ringkas menjawab: "Tiba-tiba saya tidak suka di mana saya berada". -- BERNAMA
BACA: Tanggungjawab besar pulih BN berpandukan piagam baru - Najib
BACA: Najib dilantik Pengerusi Lembaga Penasihat BN, tugas kembalikan sokongan rakyat
#Barisan Nasional #BN #Khairy Jamaluddin #Najib Tun Razak #nazri abdul aziz #Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional #Tengku Adnan Tengku Mansor #UMNO