POLITIK
Pelawaan Pas kepada MIC, MCA bersifat peribadi, tawaran belum pasti - Ahmad Zahid
Zahid menegaskan bahawa BN masih berpegang kepada prinsip kesatuan dalam gabungan sedia ada. - Astro AWANI
PUTRAJAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan pelawaan Pas kepada MIC dan MCA untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) sebagai usaha memancing parti komponen BN dengan tawaran yang belum jelas.
Ringkasan AI
Menurut Zahid, kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menyuarakan pelawaan tersebut dilihat sebagai pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi gabungan.
“Saya tahu ada usaha dijalankan oleh mereka untuk memancing rakan-rakan dalam komponen BN dengan tawaran-tawaran yang belum tentu menjanjikan satu manifestasi yang menguntungkan mereka,” katanya kepada media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada Selasa.
Terdahulu, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin, menyatakan bahawa parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan MIC dan MCA dalam PN, namun menegaskan bahawa sebarang keputusan perlu dibincangkan oleh kepimpinan tertinggi gabungan.
Beliau turut menegaskan bahawa Pas tidak mempunyai masalah menjalin kerjasama dengan mana-mana parti kecuali DAP.
Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan, sebelum ini meluahkan rasa tidak dihargai apabila parti itu tidak diberikan sebarang jawatan dalam kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) meskipun mempunyai pemimpin kanan.
MIC dijangka membuat keputusan mengenai hala tuju politiknya selepas mesyuarat agung tahunan pada Oktober.
Ringkasan AI
- Zahid Hamidi menyifatkan pelawaan Pas kepada MIC dan MCA sebagai usaha memancing komponen BN dengan tawaran yang belum jelas dan bersifat peribadi.
- Pas terbuka untuk bekerjasama dengan MIC dan MCA dalam PN, namun menolak kerjasama dengan DAP dan menunggu keputusan kepimpinan tertinggi.
- MIC dijangka tentukan hala tuju politik selepas mesyuarat Oktober, sementara BN kekal berpegang kepada prinsip kesatuan dalam gabungan sedia ada.