awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemangku Ketua Pemuda UMNO Semporna akan segera diumum - Khairul Azwan

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
04/07/2016
12:18 MYT
Pemangku Ketua Pemuda UMNO Semporna akan segera diumum - Khairul Azwan
KHAIRUL AZWAN: Kita sentiasa komited untuk terus mempertahankan wadah UMNO.
Pergerakan Pemuda UMNO akan menamakan pemangku Ketua Pemuda Semporna baharu dalam masa terdekat untuk menggantikan Ketua Pemuda UMNO Semporna, Mohd Azis Jamman yang meletakkan jawatan dan keluar parti baru-baru ini.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, ia selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
"Pemuda UMNO menerima dengan hati yang terbuka keputusan Ketua Pemuda UMNO Semporna untuk meletakkan jawatan dan keluar parti.
"Kita juga mengesahkan bahawa Pemuda UMNO Semporna tidak sama sekali mengambil tindakan yang sama bahkan mereka masih wujud dan utuh," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Pada akhir Jun, Naib Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Dr Jaujan Sambakong mengumumkan keluar parti dan tindakan sama kononnya turut diambil tiga ketua sayap iaitu Ketua Pemuda Mohd Aziz, Ketua Wanita Manis Muka Dara termasuk Zakiah dan 300 lagi ketua cawangan bahagian itu.
Keputusan itu dibuat susulan tindakan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang menggantung keanggotaan Naib Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Dalam pada itu Khairul Azwan turut meminta ahli-ahli UMNO Semporna untuk tidak bimbang serta gusar dengan perkembangan berkenaan.
"Kita sentiasa komited untuk terus mempertahankan wadah UMNO dan meneruskan perjuangan membela nasib rakyat di sana," jelasnya.
Sebelum ini, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Semporna Zakiah Kalipunya menafikan dakwaan turut mengambil tindakan keluar parti sebaliknya memilih untuk setia dalam UMNO dan meneruskan wadah perjuangan sehingga tamat tempoh penggal.
Zakiah turut menegaskan bahawa beliau masih lagi sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO di bahagian itu.
Topic Berkaitan
#Khairul Azwan
#Lembaga Disiplin UMNO
#Pemuda UMNO
#Puteri UMNO
#Semporna
#Shafie Apdal
#Zakiah Kalipunya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan