awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembahagian kerusi selesai sebelum penamaan calon PRN-11 Sarawak - Adenan

Bernama
Bernama
16/01/2016
14:11 MYT
Pembahagian kerusi selesai sebelum penamaan calon PRN-11 Sarawak - Adenan
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem melancarkan Buku Info Bantuan 1Azam sempena merasmikan Karnival 1Azam -Akhiri Zaman Miskin di Kubah Ria hari ini. - Foto Bernama
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata masalah yang melanda dua parti komponen Barisan Nasional (BN) negeri iaitu Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) akan diselesaikan sebelum hari penamaan calon pilihan raya negeri ke-11.
Adenan, yang juga Pengerusi BN Sarawak, berkata ini turut merangkumi pembahagian kerusi dalam kalangan empat parti komponen berikutan pertambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 71 kepada 82.
"Masalah ini akan diselesaikan dengan apa jua cara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival program pembasmian kemiskinan 1 AZAM dan pelancaran Direktori Maklumat Bantuan 1 AZAM di sini hari ini.
Krisis dalaman membabitkan kedua-dua parti itu membawa kepada penubuhan Parti Rakyat Bersatu (UPP) bagi SUPP dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) bagi SPDP.
Kedua-dua parti itu mengisytiharkan sebagai mesra BN.
UPP diketuai bekas Timbalan Setiausaha Agung SUPP Datuk Seri Wong Soon Koh turut dianggotai empat ADUN manakala Teras pula yang diterajui bekas Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom mempunyai lima ADUN.
Ketua-dua parti menjangkakan kesemua ADUN mereka akan dicalonkan semula.
Bagaimanapun SPDP dan SUPP menegaskan bahawa mereka mempunyai hak terhadap kerusi terbabit memandangkan TERAS dan UPP belum menyertai BN negeri.
Adenan enggan mengulas sama ada Teras dan UPP akan dibenarkan untuk mencalonkan anggota mereka bertanding dalam pilihan raya itu dan sama ada mereka akan diperuntukkan kerusi baharu.
Beliau berkata bagi parti yang dipimpinnya, Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), ia akan mendapat sebahagian besar kerusi, jumlahnya 40, yang turut termasuk lima kerusi baharu.
Katanya satu lagi parti komponen berasaskan kaum Dayak iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS) sedang menimbang senarai calonnya.
Ketika ini, parti yang diketuai Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Tan Sri Dr James Masing itu mempunyai lapan kerusi dan berharap akan mendapat dua atau tiga kerusi baharu.
Topic Berkaitan
#Adenan Satem
#Jeniri Amir
#Plihan Raya Sarawak
#PRN-11
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan