KOTA KINABALU: Semua pihak termasuk bersama-sama memainkan peranan dalam membantu Kerajaan Sabah membendung pandemik COVID-19 negeri, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmey Yahya.
Beliau berkata pemimpin pembangkang juga diseru berganding bahu bersama kerajaan, terutama dalam menjayakan program imunisasi bagi melindung rakyat daripada pandemik COVID-19.
"Kerajaan negeri sedang berusaha dengan gigih bersama Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha memberi perkhidmatan yang terbaik untuk keselamatan serta kesejahteraan rakyat.
"Justeru adalah lebih baik untuk pembangkang bersama-sama memberi kerjasama dan cadangan bagi menambah baik segala yang dilaksanakan demi kebaikan rakyat di negeri ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan beberapa pemimpin pembangkang antaranya Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang berkata kerajaan perlu bertanggungjawab atas peningkatan jangkitan COVID-19, selain membidas kerajaan atas kelemahan yang berlaku.
Shahelmy berkata kerajaan negeri juga yakin dengan adanya tambahan vaksin CanSino untuk negeri Sabah, sasaran untuk mencapai lebih 80 peratus penduduk dewasa Sabah lengkap menerima vaksin boleh dicapai sebelum penghujung Oktober ini.
Menjelang awal September depan jumlah penerima dos pertama bagi penduduk Sabah yang layak menerima vaksin dijangka mencapai 60 peratus, dan sebelum hujung September penerima dos kedua penduduk Sabah dijangka melebihi 60 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 28 2021
Shahelmey berkata pemimpin pembangkang juga diseru berganding bahu bersama kerajaan, terutama dalam menjayakan program imunisasi bagi melindung rakyat daripada pandemik COVID-19. - Foto BERNAMA
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
K'jaan setuju salur peruntukan kepada pembangkang - Fadillah
Satu deraf MoU akan dirangka serta dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Kerajaan rangka MoU peruntukan wakil rakyat pembangkang - TPM Fadillah
MoU akan dirangka terlebih dahulu dan akan dipanjangkan kepada pihak pembangkang sebagai langkah perundingan seterusnya.
Isu beras: 'Boleh tegur, tapi jangan maki hamun' - Mat Sabu
Mohamad berkata tidak salah memberi teguran, tetapi sebaiknya dilakukan dalam cara lebih sesuai.
Tuntutan Pas: 'Kita sudah bagi peruntukan kepada pembangkang'
Katanya, kenyataan Mohd Zarimi dibuat berikutan pihak pembangkang tidak mempunyai topik lain yang boleh dibangkitkan.
Kerajaan negeri komited laksana Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya - Hajiji
Pelbagai program telah dilaksanakan melalui pelan itu namun masih terdapat perkara yang dalam tindakan kerajaan negeri.
Pembangkang sudah terima draf peruntukan Ahli Parlimen
Pembangkang sudah menerima draf dokumen yang memperincikan perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimennya.
Jangan terlalu berpolitik, sabotaj usaha kerajaan selesai isu rakyat Sabah
Nizam berkata kerajaan negeri diterajui GRS-PH Plus sentiasa memberi fokus membangunkan Sabah dan meningkatkan hasil negeri.
Pengundian pilihan raya Presiden Pakistan bermula
Proses pengundian bagi pilihan raya presiden Pakistan antara dua calon, termasuk bekas Presiden Asif Ali Zardari, bermula pada Sabtu.
Tiada peruntukan, ada Ahli Parlimen PN jatuh ke golongan B40 - Abdul Latiff
Selepas beberapa hari mendapat elaun, ada yang terus menjadi golongan B40 kerana wang tersebut terpaksa dikongsikan kepada rakyat terutamanya di awal musim persekolahan seperti sekarang.
"Rakyat tercari-cari Anwar Ibrahim yang dulu" - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, Anwar pandai berjanji semasa menjadi pembangkang namun kini dilihat seolah-olah tidak menepati janji.