awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan Amanah: Khalid Samad, Mahfuz Omar dapat undi paling tinggi

Irwan Muhammad Zain, Hasimi Muhamad
Irwan Muhammad Zain, Hasimi Muhamad
06/12/2019
15:27 MYT
Pemilihan Amanah: Khalid Samad, Mahfuz Omar dapat undi paling tinggi
Khalid (kiri) dan Mahfuz Omar peroleh undi tinggi. - Astro AWANI
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad memperoleh undi paling tinggi dalam pemilihan Jawatankuasa Pimpinan Nasional sesi 2019-2022.
Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan memperoleh 786 undi manakala Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mendapat 780 undi.
Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub mendapat undi ketiga tertinggi dengan 765 undi.
Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu pula berada di tangga ketujuh dengan memperoleh 681 undi.
Keputusan pemilihan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Amanah Dr Zulqarnain Lukman selepas 822 perwakilan selesai mengundi.
Pemilihan Amanah buat kali pertama selepas empat tahun penubuhan parti itu dibuat secara e-voting dengan setiap perwakilan mengundi menggunakan telefon pintar masing-masing.
27 Jawatankuasa Pimpinan Nasional yang baru dipilih akan bermesyuarat untuk memilih presiden, timbalan presiden dan naib presiden.
Undi popular bukan penentu untuk dipilih sebagai Presiden atau Timbalan Presiden.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Khalid Samad
#Mahfuz Omar
#Parti Amanah Negara
#pemilihan parti
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan