awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan calon bagi kerusi DUN Baleh perlu ambil kira nasihat Abang Johari

Afiezul Samit
Afiezul Samit
31/10/2021
09:41 MYT
Pemilihan calon bagi kerusi DUN Baleh perlu ambil kira nasihat Abang Johari
Salang berkata, pihaknya telah meminta cawangan parti mengadakan mesyuarat segera dan mengemukakan cadangan calon bagi pengisian kerusi DUN Baleh dalam menghadapi PRN ke-12 nanti. -Gambar Fail
KUCHING: Pemilihan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh akan mengambil kira pandangan dan nasihat Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Menurut Pemangku Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Salang Gandum, ini termasuk persediaan mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 negeri itu yang bakal diadakan pada bila-bila masa.
"Setakat yang kita tahu, kita telah menamakan semula semua 11 penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sarawak untuk mempertahankan kerusi mereka.
"Tetapi kita menyarankan supaya Abang Johari sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi GPS memberi nasihat kepada kita untuk meletakkan calon yang mampu mempertahankan kerusi tersebut (Baleh)," kata beliau.
Tambah Salang lagi, pihaknya juga menggesa agar cawangan parti mengadakan mesyuarat dengan segera bagi mengemukakan cadangan calon yang sesuai untuk mempertahankan kawasan Baleh yang dipegang oleh parti itu.
"Dalam kes ini, sudah jelas terdapat kekosongan untuk calon Baleh. Setakat ini kami tidak mempunyai sebarang calon dan parti telah melakukan semua kerja persediaan untuk mempertahankan Baleh.
"Jadi sekarang tugas kita hanya mahu memilih calon yang paling sesuai. Kami belum lagi bersedia untuk mengumumkan. Ia belum dimuktamadkan jadi kami telah meminta cawangan parti mengadakan mesyuarat segera dan mengemukakan cadangan," jelasnya lebih lanjut.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PRS di ibu pejabat parti itu di Kuching pada Ahad.
Terdahulu, pada pagi Ahad, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing disahkan meninggal dunia akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 pagi di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching.
Topic Berkaitan
#DUN Baleh
#Pemergian Tan Sri James Jemut Masing
#Pemangku Presiden Parti Rakyat Sarawak
#Datuk Joseph Salang Gandum
#PRN Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan