awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
Rizalman bersyukur, jariah bina Surau Ar Rijal bersama penderma Yayasan RI terlaksana
Pekerja Bangladesh maut dihempap kren di Jalan Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan MCA pusat pada 24 Sept - Setiausaha Agung

Bernama
Bernama
04/03/2023
09:32 MYT
Pemilihan MCA pusat pada 24 Sept - Setiausaha Agung
Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong bersama bekas Presiden MCA Tan Sri Liow Tiong Lai memotong kek bersama Ahli Majlis Tertinggi parti serta ahli-ahlinya sempena sambutan ulang tahun MCA ke-74 di Wisma MCA hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemilihan MCA 2023 di peringkat pusat akan diadakan pada 24 Sept ini manakala yang melibatkan sayap Pemuda dan Wanita pula ditetapkan pada 23 Sept depan, kata Setiausaha Agung parti itu Datuk Chong Sin Woon.
Beliau berkata proses penamaan calon bagi kesemua jawatan termasuk kedua-dua sayap akan diadakan pada 11 Sept ini.
"Segala maklumat berkenaan pemilihan parti akan dipaparkan di laman sesawang http://mcape.mca.org.my untuk rujukan semua ahli yang akan bertanding," katanya pada sidang media selepas sambutan ulang tahun ke-74 MCA di sini hari ini.
Chong berkata pemilihan MCA 2023 dimulakan dengan peringkat cawangan pada bulan depan di seluruh negara dan proses penamaan calon pada 20 April dengan pemilihan melibatkan kedua-dua sayap ditetapkan selama dua hari bermula 29 April manakala bagi peringkat cawangan pada 30 April.
Beliau berkata proses penamaan calon di peringkat bahagian termasuk kedua-dua sayap pula akan diadakan pada 1 Jun manakala pemilihan ditetapkan selama dua hari bermula 10 Jun ini.
"Penamaan calon bagi Pemuda dan Wanita negeri pula adalah pada 27 Julai dengan pemilihan Pemuda dilaksanakan pada 5 Ogos dan Wanita pada 6 Ogos," katanya.
Proses pemilihan parti dibuat mengikut Perkara 167 Perlembagaan MCA yang memperuntuk ia perlu diadakan dalam tempoh enam bulan selepas pilihan raya umum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemilihan MCA 2023
#Setiausaha Agung MCA
#Chong Sin Woon
#pemilihan parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan